KUALA LUMPUR: Pelumba Honda Asia-Dream Racing Team with Showa Mohd Zaqhwan Zaidi berjaya mendominasi perlumbaan pertama kategori Asian Superbikes 1000 (ASB1000) Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022 di Thailand.
Pelumba berusia 27 tahun itu mengungguli perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang membabitkan 13 pusingan sejauh 59.202 kilometer (km) dengan catatan masa 21 minit dan 04.947 saat (s).
Zaqhwan, yang bermula di petak pertama, meninggalkan pelumba tuan rumah Anupab Sarmoon di tempat kedua (21:05.471s) dan Haruki Nogochi dari Jepun di tempat ketiga dengan catatan masa 21:05.480s.
"Pada mulanya, saya berdepan kesukaran memastikan ia (motosikal) stabil kerana suhu amat panas dan saya cuba mengekalkan kedudukan di belakang mereka. Saya cuba memintas pelumba lain satu demi satu," katanya kepada media ARRC selepas perlumbaan itu.
Pelumba muda negara Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan dari pasukan Pitsbike JRT Oneway turut berjaya melakar kemenangan dalam kategori Underbone 150 (UB150) dengan catatan masa 16:43.348s yang membabitkan lapan pusingan.
Mohd Izzat Zaidi meninggalkan dua pelumba Indonesia Muhammad Yordan Badaru di tempat kedua yang mencatat masa (16:43.588s) dan Wahyu Aji Trilaksana (16:43.942s).
Kategori Supersport 600 (SS600) pula menyaksikan Muhammad Helmi Azman dari pasukan Boon Siew Honda Racing berada di tempat kedua dengan catatan masa 20:03.234s.
Muhammad Ibrahim Norrodin dari Sepang International Circuit Racing (20:03.742s) meraih tempat ketiga manakala Andi Farid Izdihar dari Indonesia (20:02.754s) muncul juara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022

Pelumba berusia 27 tahun itu mengungguli perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang membabitkan 13 pusingan sejauh 59.202 kilometer (km) dengan catatan masa 21 minit dan 04.947 saat (s). - Gambar/ Facebook @Zaqhwan Zaidi
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Zaqhwan dominasi Litar Antarabangsa Chang
Pelumba Honda Asia-Dream Racing Team with Showa Mohd Zaqhwan Zaidi berjaya mendominasi perlumbaan pertama kategori Asian Superbikes 1000 (ASB1000) Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022 di Thailand.

Persiapan Mohd Zaqhwan di Litar Jerez terjejas akibat hujan
Cuaca mencabar itu telah mengehadkan masa pelumba itu di atas trek, sekali gus tidak dapat menguji motosikal jenis Suter ke tahap maksimum.