KUALA LUMPUR: Juara Asia dua kali Wang Zhi Yi mengubati kekecewaan terlepas slot Sukan Olimpik Paris 2024 dengan memenangi gelaran perseorangan wanita Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena di Bukit Jalil di sini semalam.
Pemain handalan China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final sekali gus memusnahkan harapan pemain India itu untuk menamatkan kemarau gelaran hampir dua tahun sejak memenangi Terbuka Singapura pada Julai 2022.
Zhi Yi, pemain ranking ketujuh dunia, memperagakan kebangkitan hebat selepas ketinggalan 3-11 pada set penentuan untuk menghalang Sindhu daripada memenangi kejuaraan hatrik Masters Malaysia selepas kejayaannya pada edisi 2013 dan 2016.
"Saya memberi tumpuan mengumpul mata demi mata dan tidak berfikir untuk menang set tersebut pada ketika itu. Saya terus percaya pada diri sendiri, tidak pernah berputus asa dan terus bermain dengan mantap.
"Gelaran ini pastinya satu rangsangan besar untuk keyakinan saya bagi menghadapi kejohanan akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.
SUKAN-BADMINTON (ZHI YI) 2 KUALA LUMPUR
Selaku juara, Zhi Yi, juara Asia 2022 dan 2024, membawa pulang hadiah wang tunai US$31,500 (RM148,434) manakala bekas juara dunia 2019, Sindhu terpaksa berpuas hati dengan US$15,960 (RM75,206).
Meskipun menghuni tangga kelapan dalam senarai Kelayakan Sukan Olimpik Paris dengan 75,148 mata, Zhi Yi terlepas peluang untuk mendapat slot dalam temasya sukan terbesar dunia itu kerana hanya maksimum dua pemain dalam kedudukan 16 terbaik boleh layak dari satu negara.
Chen Yu Fei di tempat kedua (102,596 mata) dan He Bing Jiao (76,274) di kedudukan keenam dalam ranking 'Race To Paris' mengambil slot kelayakan manakala Han Yue di tempat ketujuh (75,486) dan Zhi Yi terlepas peluang itu.
Sementara itu, walaupun kecewa dengan kekalahan itu, Sindhu merasakan dia telah menunjukkan peningkatan yang baik dan meningkatkan keyakinannya dengan mara ke final.
"Tergelincir apabila mendahului 11-3 pastinya satu kekecewaan besar, saya tidak mahu memikirkannya. Secara keseluruhan, saya perlu mengambil perkara positif daripada kejohanan ini.
SUKAN-BADMINTON (ZHI YI) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Kekalahan ini tidak sepatutnya membuat saya sedih atau kecewa tetapi sebaliknya gembira telah mara ke final selepas sekian lama dan beraksi baik dalam beberapa perlawanan," katanya.
Sementara itu, beregu wanita nombor 12 dunia, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun merangkul kemenangan terbesar dalam karier mereka dengan memenangi acara Super 500 Jelajah Dunia dengan pencapaian terbaik mereka sebelum ini muncul naib juara Terbuka Hylo pada 2021.
Pilihan utama itu menepati jangkaan apabila menewaskan pasangan Korea Selatan Lee Yu Lim-Shin Seung Chan 17-21, 21-19, 21-18 selepas pertarungan selama 93 minit di aksi final.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Wang Zhi Yi menjadi juara selepas menewaskan PV Sindhu pada pusingan akhir perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 26 Mei 2024. --fotoBERNAMA
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon Mahkamah Tinggi semak keputusan gantung perbicaraan
Pasangan itu mendakwa susulan permohonan penggantungan itu ditolak, perbicaraan akan diteruskan pada 3 hingga 7 Feb.
ASEAN 2025 | 31 Jan
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
'Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2
Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO, serta di Astro Citra dan Astro Ria.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Dua kawasan di Jagoi Babang di Kalimantan Barat terjejas
Banjir yang melanda Kalimantan Barat kini dilaporkan turut melanda kawasan sempadan Indonesia-Malaysia di Kota Jagoi Babang, daerah Bengkayang menurut ketua polis jagoi babang, asep maulana, ketinggian air di dua kawasan mencapai ketinggian tiga meter.
Pembebasan tebusan warga Thailand sentiasa dinantikan
Duta besar Thailand ke Israel, Pannabha Chandraramya berkata, pembebasan kelima-lima tebusan itu merupakan berita yang sentiasa dinanti-nantikan rakyat Thailand.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis tidak dirasai orang awam - Penganalisis
Profesor Fakulti Sains Sosial Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Prof. Farish Noor berkata ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara. Jelasnya, kegagalan ini terserlah melalui ketidakupayaan ASEAN untuk menerbitkan sebuah buku teks sejarah bersama yang standard.
Tebusan warga Thailand tiba di fasiliti kesihatan di Israel
: Lima tebusan warga Thailand yang dibebaskan hamas dilaporkan tiba Pusat Perubatan Shamir di Israel. Memetik Reuters, ini bagi membolehkan kelima-lima mereka menerima rawatan yang diperlukan.
Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.
Sistem perbankan Malaysia kekalkan kedudukan mudah tunai yang sihat - BNM
Bank pusat berkata agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya stabil pada 83.5 peratus (November 2024: 83.8 peratus).
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.