REAL MALLORCA 1 REAL MADRID 0
Zinedine Zidane tidak bimbang mengenai kekalahan Real Madrid kepada Real Mallorca, sebaliknya menuntut ketekalan yang lebih tinggi daripada anak buahnya.
Rekod kebal Madrid dalam LaLiga musim ini berakhir di Son Moix, awal pagi tadi, hasil gol tunggal daripada Lago Junior.
Skuad kendalian pengurus dari Perancis itu telah menumbangkan pasukan di kemuncak prestasi, Granada, 4-2 sebelum rehat antarabangsa tetapi kali ini, mereka terpaksa berhempas pulas untuk mencipta peluang jaringan yang menjadi punca kekalahan itu untuk tercicir satu mata di belakang pendahulu, Barcelona.
Pengurus Madrid itu berkata kekalahan itu didorong oleh tahap prestasi pemainnya yang kurang tekal ketika ini biarpun menegaskan tidak terlalu bimbang dengan keputusan yang diraih.
"Masalahnya, kami perlu membuktikan kemampuan yang baik pada setiap tiga hari," katanya..
"Itulah kesukaran yang kami hadapi dan kami tidak melakukannya.
"Saya tidak akan mengatakan bahawa saya berasa bimbang kerana saya tidak menggemari perkataan itu, tetapi jika kami mahu memenangi sesuatu pada musim ini, maka kami perlu menampilkan permainan yang tekal."
Madrid turun tanpa Toni Kroos, Luka Modric, Gareth Bale dan Lucas Vazquez yang tercedera, sementara Luka Jovic pula gagal mempamerkan aksi berkesan ketika dipertaruhkan dalam kesebelasan utamanya yang ketiga dalam formasi 4-4-2 itu.
Pengurus berumur 47 tahun berkenaan juga menegaskan masalah kecederaan juga bukannya alasan atas prestasi itu sambil mencabar barisan pemainnya agar meningkatkan prestasi untuk merebut tempat dalam skuad utama.
"Kecederaan bukanlah satu alasan," katanya.
"Ada pemain yang tidak cedera, kami juga memiliki pemain lain yang bagus juga.
"Apabila tiba giliran mereka, mereka perlu membuktikan bahawa mereka layak untuk berada di sini. Kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenai pemain yang tercedera.
"Kami juga tidak perlu terkejut dengan keupayaan sebuah pasukan yang beraksi di tempat sendiri. Kami tahu apa yang akan berlaku, mereka mengejutkan kami kerana mereka menjaringkan gol, kemudian mereka bertahan dan kami pula tidak mendapat mencari jalan penyelesaian."
Astro Arena
Sun Oct 20 2019

Pemain Real Madrid, Isco (kiri) dan Luka Jovic (kanan) berebut bola dengan pemain Mallorca, Salva Sevilla dalam perlawanan La Liga antara Mallorca dan Real Madrid di Iberostar Estadi, Palma de Mallorca, Sepanyol, 19 Okt, 2019. (Foto AP)

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

La Liga: Xavi berang anak buah buat kesilapan mudah
Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez, berang dengan keputusan yang sepatutnya memihak kepada pasukannya.

Menang baki lima perlawanan, kami mampu julang LaLiga - Koeman
Kekalahan yang tidak disangka-sangka itu bermakna pasukan bimbingannya menghuni tangga ketiga menuju baki lima perlawanan lagi, bermula dengan perjalanan sukar ke Valencia, awal pagi esok.

Zidane tegur prestasi tidak menentu anak buah selepas tewas kepada Real Mallorca
Rekod kebal Madrid dalam LaLiga musim ini berakhir di Son Moix, awal pagi tadi, hasil gol tunggal daripada Lago Junior.

Zidane harap Hazard terus menyinar selepas raih gol sulung
Hazard membuka akaun jaringan dengan lambungan cantik dalam babak pertama dalam pertemuan dua kelab teratas di Santiago Bernabeu, menggandakan kelebihan Real.
Yebda akui gagal bentuk kombinasi mantap
Pemain tengah Granada, Hassan Yebda mengakui kegagalan para pemain membentuk kombinasi mantap sebagai punca aksi hambar.