KUALA LUMPUR: Pemain badminton profesional utama negara Lee Zii Jia menganggap persekitaran dan kualiti latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, kekal yang terbaik di negara ini.
Zii Jia yang kembali ke ABM selepas tujuh bulan, percaya bahawa peluang untuk berlatih di ABM akan tentunya menjadi suatu yang baik untuk semua pihak, terutamanya bagi masa hadapan acara berpasukan.
"Saya telah pun memulakan persediaan untuk musim hadapan dan antaranya dengan rasa rendah hati menerima jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk pemain persendirian berlatih di ABM," katanya dalam hantaran di Instagram menerusi 'teamlzj' hari ini.
Bulan lepas BAM telah membuka pintunya untuk pemain badminton profesional untuk hadir ke sesi latihan mingguan di ABM.
Pemain berusia 24 tahun itu, kali terakhir berlatih di ABM pada April lepas untuk kem latihan berpusat bagi menghadapi Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina.
Zii Jia sebelum ini mengejutkan peminat badminton Malaysia apabila berhenti daripada BAM untuk menjadi pemain profesional awal tahun ini dan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tidak mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Julai atas alasan membuat pesediaan kepada kejohanan dunia di Jepun.
Bercakap mengenai prestasi keseluruhan tahun ini, Zii Jia mengakui bahawa beliau masih belum berpuashati walaupun menamatkan musim ini dengan menduduki ranking kedua dunia.
"Saya perlu terus memperbaiki diri dan berterusan membuktikan keupayaan saya," katanya.
Sementara itu Zii Jia memaklumkan bahawa beliau akan ke Taiwan untuk menyertai kem latihan yang dijadualkan dari 19 hingga 25 Dis bersama penaja utamanya, Viktor dan pemain tempatan di sana.
Zii Jia yang akan menyertai terbuka Malaysia 2023 bulan hadapan, berharap untuk mempertingkatkan lagi displin dan ketahanan fizikal dan juga mentalnya untuk musim 2023.
Pemain berasal di Kedah itu beraksi dalam 12 kejohanan individu tahun ini, namun hanya hanya memenangi dua gelaran iaitu Kejuaraan Badminton Asia di Manila dan Terbuka Thailand pada Mei, selain menduduki tempat kedua di Terbuka Denmark bulan lepas.
Beliau juga layak ke tiga separuh akhir dan satu suku akhir, selain tewas awal lima kali termasuk kekalahan 19-21, 21-11 dan 19-21 pada pusingan ketiga kepada pemain China Zhao Jun Peng di Kejohanan BWF dunia di Tokyo, Jepun pada Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022
Zii Jia yang kembali ke ABM selepas tujuh bulan, percaya bahawa peluang untuk berlatih di ABM akan tentunya menjadi suatu yang baik untuk semua pihak, terutamanya bagi masa hadapan acara berpasukan. - Gambar fail/BERNAMA
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.