SHAH ALAM: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia bersedia untuk bersaing pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang bermula esok hingga 18 Feb, selepas pulang daripada menjalani latihan di Korea Selatan baru-baru ini.
Bekas juara Seluruh England itu berkata beliau yang "berguru" bersama Persatuan Badminton Korea (BKA) selama 10 hari dari 31 Jan hingga 9 Feb bersedia diturunkan bila-bila masa sekiranya khidmatnya diperlukan skuad negara.
"Semestinya saya bersedia pada bila-bila masa jika pasukan memerlukan saya (untuk BATC). Tekanan memang ada dan kita perlu menghadapinya," kata beliau kepada pemberita di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Zii Jia juga secara peribadi berpendapat Malaysia yang turun sebagai juara bertahan dan diundi dalam Kumpulan B bersama Brunei, Kazakhstan dan Taiwan pada BATC 2024 merupakan kelebihan buat pasukan negara.
Beliau bagaimanapun menjangkakan saingan sengit pada BATC 2024 tetap ada kerana kejohanan yang menawarkan slot ke Piala Thomas Mei nanti dengan empat pasukan terbaik layak automatik ke kejohanan berprestij itu, turut disertai beberapa nama besar dunia.
Ia termasuk pemain perseorangan ranking ketujuh dunia Prannoy H. S dari India, Weng Hong Yang (ke-16 dunia) dari China serta beregu lelaki pada kedudukan pertama dunia Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.
"Sasaran pastinya Taiwan ... jadi saya menantikan perlawanan yang sukar, namun pasukan akan memberikan yang terbaik," katanya.
Zii Jia berkata seperti kelayakan Piala Thomas dua tahun lepas, tidak semua negara menghantar pasukan terbaik mereka ke BATC kali ini, namun berdepan cabaran hebat demi mengekalkan gelaran sebagai juara bertahan.
Mengenai latihannya di Korea Selatan, Zii Jia berkata perancangan untuk berlatih di BKA sudah dibincangkan bersama jurulatihnya Wong Tat Meng sejak Disember tahun lepas.
"Persekitaran di sana (Korea Selatan) amat menarik, saya perlu berterima kasih kepada BKA kerana membenarkan saya menjalani latihan di fasiliti mereka dengan semua pemain.
"Saya dapat katakan bahawa mereka mempunyai kemudahan dan pusat latihan terbaik di dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Zii Jia yang "berguru" bersama Persatuan Badminton Korea (BKA) selama 10 hari dari 31 Jan hingga 9 Feb bersedia diturunkan bila-bila masa. -Gambar fail/Facebook BAM
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.