KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, masih bergelut dengan prestasi merudum apabila tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Jerman, malam ini.
Pemain nombor empat dunia itu gagal menepati jangkaan sebagai pilihan utama kejohanan apabila tewas kepada pemain nombor 49 dunia dari Taiwan, Lee Chia Hao, 21-15, 20-22, 21-23 pada pertarungan selama 57 minit di Mulheim.
Pemain Taiwan itu mara ke suku akhir dengan menentang pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, esok.
Zii Jia, juata All England pada 2021, memulakan kempen kejohanan berstatus Sper 300 Jelajah Dunia BWF itu dengan menewaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen, 21-11, 21-5.
Sejak menjuarai Terbuka Thailand tahun lalu, Zii Jia masih belum meraih sebarang kejayaan musim ini.
Pemain berusia 24 tahun ini memulakan musim 2023 tanpa layak ke suku akhir pada tiga kejohanan apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dikuti pusingan kedua masing-masing pada Terbuka India dan Masters Indonesia.
Tanpa bimbingan jurulatih, Zii Jia, dijangka menyertai All England di Birmingham pada 14 hingga 19 Mac ini dan Terbuka Switzerland di Basel dari 21 hingga 26 Mac ini.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, turut ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua oleh pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong, 13-21,10-21.
Bagaimanapun, kem negara diceriakan oleh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Teoh Ee Wei apabila melangkah ke suku akhir dengan mengejutkan pilihan kedua Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan, 21-11, 24-22.
Wakil negara itu akan berdepan dengan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, bagi merebut slot separuh akhir, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023

Pemain nombor empat dunia itu gagal menepati jangkaan sebagai pilihan utama kejohanan apabila tewas kepada pemain nombor 49 dunia dari Taiwan, Lee Chia Hao. - Foto BERNAMA

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

Pembantu maya Alexa+ dilancar, diperkasa kecerdasan buatan
Perkhidmatan baharu Alexa boleh berinteraksi dengan pengguna sama seperti ChatGPT dan Gemini.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.

Soon Huat-Shevon kini nombor tiga dunia
Perubahan ranking terbaru ini dilihat bakal menyuntik semangat buat Soon Huat-Shevon yang memburu kejuaraan pertama musim ini.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.

Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia
Ketiadaan pemain profesional negara Lee Zii Jia membuatkan tumpuan kini beralih kepada Leong Jun Hao untuk menggalas harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Malaysia 2025.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.

Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025
Kejayaan mara ke pentas final semestinya terpahat sebagai prestasi paling cemerlang sepanjang karier.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.