TOKYO: Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menegaskan sekarang bukan masanya untuk menunding jari terhadap mana-mana pihak berhubung kontroversi melanda jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli di temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Sebaliknya, beliau berkata kontinjen Malaysia mengambil tanggungjawab bersama dan memikul beban sama rata terhadap isu pembatalan pingat emas Ziyad dalam acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada 31 Ogos lalu.
"Insya-Allah, kita tidak akan kecam mana-mana pihak. Kita sebagai satu pasukan ambil tanggungjawab bersama selain amalkan sikap menang dan usaha keras sebagai satu pasukan," katanya kepada Bernama.
BACA: Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples
Beliau yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menjamin siasatan yang sedang berlangsung ketika ini akan dilakukan dengan telus bagi mencari punca sebenar yang menyebabkan isu berkenaan timbul.
Selasa lepas, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang merupakan rekod dunia baharu.
Beliau telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Ziyad lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Kelmarin, Olahraga Para Dunia (WPA) menolak rayuan dikemukakan Malaysia berhubung keputusan itu, namun pihak Jawatankuasa Penganjur memaklumkan segala protes dan rayuan susulan boleh dibuat secara bertulis kepada IPC dan WPA sejurus temasya berakhir.
Pembatalan pingat emas Ziyad adalah berdasarkan Peraturan 5.5 WPA - 'Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu' yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual bilik menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.
Dalam pada itu, Megat D Shahriman juga mengharapkan agar segala keputusan rayuan mereka kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan WPA akan dilakukan secara profesional.
Beliau berkata demikian susulan langkah yang akan diambili pihaknya untuk memanjangkan isu berhubung keputusan acara itu ke IPC dan WPA sejurus temasya berprestij itu berakhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Megat berkata, kontinjen Malaysia mengambil tanggungjawab bersama dan memikul beban sama rata terhadap isu pembatalan pingat emas Ziyad. - Gambar fail
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.
Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.
"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.
Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.
Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini
Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan
Kesemua hasil dapatan daripada mesyuarat jawatankuasa siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada KBS selepas 8 Okt.
Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo