JAGUH lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, mahu segera pulang ke tanah air selepas memenangi pingat emas Sukan Para ASEAN di Solo, Indonesia bagi menyambut cahaya matanya.
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.
Satu-satunya harapan atlet berusia 32 tahun itu selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara adalah agar sempat pulang ke pangkuan isterinya untuk menyambut cahaya mata ketiganya.
"Saya ke sini kerana mahu mempertahankan pingat emas yang telah saya memenangi sejak edisi 2011," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Yeoh Pek Xian.
"Pada 2011, saya memenanginya di Solo dan selepas 11 tahun, saya masih memenanginya di venue yang sama ini.
"Mempertahankan emas ini merupakan satu perkara yang saya dapat banggakan kerana ia menunjukkan saya masih mampu untuk melakukannya.
"Kepada isteri saya, saya mahu berterima kasih kepadanya kerana sentiasa ada di samping saya walau apapun keadaan.
"Saya harap dia dapat menunggu sehingga saya berada di sisinya untuk melahirkan anak kami yang ketiga," katanya.
Semalam, Ziyad meneruskan dominasinya dalam acara lontar peluru F20 di Stadium Manahan dengan lontaran sejauh 16.92 meter.
Ia merupakan pingat emas kelimanya dalam temasya itu sejak edisi di Surakarta pada 2011.
Pingat perak pula dimenangi seorang lagi atlet negara, Mohamad Aliff Mohamad, dengan lontaran sejauh 13.46m manakala wakil Thailand, Boonkong Sanepoot (13.29m) memenangi gangsa. - Stadium Astro
Astro Arena
Tue Aug 02 2022

Pada Isnin Ziyad meneruskan dominasinya dalam acara lontar peluru F20 di Stadium Manahan dengan lontaran sejauh 16.92 meter.- Facebook MSN

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.

Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.

Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.

Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.

"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.

Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.

Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini
Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.

Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.

Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan
Kesemua hasil dapatan daripada mesyuarat jawatankuasa siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada KBS selepas 8 Okt.

Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo