TOKYO: Hanya ungkapan maaf yang mampu dikeluarkan jaguh olahraga, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Tokyo, malam tadi.
Atlet kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli yang memecahkan rekod dunia dua kali dan boleh memenangi emas dalam acara tersebut telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan kerana protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa beliau lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Protes serupa juga dilakukan terhadap atlet dari Australia, Todd Hodgets dan Jordi Patricio Congo Villalba dari Ecuador yang turut diklasifikasikan DNS.
"Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih memberi sokongan pada saya," katanya di laman Instagram hari ini.
BACA: Ziyad juara sebenar, pingat emas dirampas - Azizulhasni
BACA: Tanda pagar #Justiceforziyad trending di Twitter
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Keputusan batal pingat emas Ziyad kekal
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Protes atlet Ukraine, Ziyad terlepas pingat emas
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecah rekod dunia milik Muhammad Ziyad.
Perak juga milik atlet Ukraine, Oleksandr Yarovyi, dengan lontaran 17.30m manakala gangsa milik Efstratios Nikolaidis dari Greece, dengan lontaran 15.93m.
Kontinjen Malaysia bersama Australia dan Ecuador yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan telah melancarkan protes sejurus keputusan akhir dikeluarkan kepada pihak jawatankuasa teknikal pertandingan.
Ketua kontinjennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin juga memberitahu akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan itu.
Namun, WPA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan telah menolak rayuan Malaysia dan juga Australia serta Ecuador berhubung keputusan acara itu.
Keputusan itu berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia - 'Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu' yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual Bilik Menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.
Terdahulu, Muhammad Ziyad mencuri tumpuan selepas 'memecah' rekod dunia pada lontaran pertama iaitu dengan lontaran 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London pada 2017, dengan catatan 17.31m pada lontaran pertamanya.
Beliau kemudian terus menampilkan aksi menakjubkan apabila memperbaiki rekod dunianya dalam lontaran ketiga iaitu dengan 17.94m, jauh mengatasi pencabar lain sebelum menerima khabar buruk berhubung keputusan kontroversi itu. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Muhammad Ziyad Zolkefli meminta maaf selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo, malam tadi. - fotoBERNAMA
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.
Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.
"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.
Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.
Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini
Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan
Kesemua hasil dapatan daripada mesyuarat jawatankuasa siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada KBS selepas 8 Okt.
Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo