Pelumba pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin perlu menyaingi seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi dalam saingan kelas Moto2 pada perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata pasukan menetapkan sasaran itu kepada Zulfahmi yang baharu dipilih menunggang casis Kalex bagi menggantikan Hafizh Syahrin Abdullah yang dikatakan beralih ke saingan kelas perdana MotoGP.
Razlan berkata Zulfahmi perlu memanfaatkan peluang yang diberikan memandangkan pasukan menggunakan kepakaran terbaik daripada ketua mekanik daripada pasukan Idemitsu Honda untuk memantapkan persediaan pasukan pada musim ini.
"Sasaran yang saya letakkan kepada Zulfahmi adalah kalahkan pelumba Malaysia yang berada dalam saingan Moto2 (Khairul Idham).
"Walaupun Zulfahmi 'rookie rider' beliau adalah pelumba berpengalaman, jadi paling minimum beliau perlu bersaing dengan Khairul Idham," katanya kepada pemberita.
Razlan berkata beliau tidak boleh mengekalkan sasaran yang sama seperti sebelum ini iaitu berada dalam kelompok lima pelumba terbaik keseluruhan kerana pengalaman Zulfahmi tidak sematang Hafizh Syahrin dalam saingan Moto2.
"Jika dibandingkan dengan Hafizh Syahrin, pengalamannya lebih lama berbanding Zulfahmi dalam Moto2. Sekarang dia (Zulfahmi) dapat kembali ke perlumbaan MotoGP, buat yang terbaik. Ini adalah peluang terakhirnya untuk kembali berlumba," katanya.
Zulfahmi sebelum ini bersaing dalam Moto3 dengan pencapaian dua kali podium pada 2012 sebelum menamatkan kariernya pada 2015.
SIC semalam mengumumkan Zulfahmi merupakan pelumba baharu bagi pasukan SIC Racing.
Hafizh Syahrin difahamkan akan beraksi dalam perlumbaan kelas perdana iaitu MotoGP bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3 menggantikan Jonas Folger yang mengalami masalah kesihatan.
Namun pengesahan mengenai perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat oleh pasukan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2018

Zulfahmi sebelum ini bersaing dalam Moto3 dengan pencapaian dua kali podium pada 2012 sebelum menamatkan kariernya pada 2015.- Gambar fail

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik
Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.

Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.

Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.

Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.

Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.

Honda, Nissan sasar muktamadkan rundingan penggabungan pada Jun 2025 - Sumber
Penggabungan ini akan menjadikan mereka kumpulan pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.

Honda, Nissan dilapor akan mula bincang penyatuan syarikat
Sekiranya perbincangan ini berjalan lancar, Honda dan Nissan akan beroperasi di bawah sebuah syarikat induk baharu.

Kerajaan Jepun periksa ibu pejabat Honda berhubung penipuan ujian kenderaan
Kementerian Pengangkutan Jepun telah memeriksa ibu pejabat Honda Motor Co di Tokyo pada Isnin.

Sempat ceroboh rumah di Karak selepas curi Honda City
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.45 tengah malam selepas pemilik rumah yang didiami sepasang suami isteri dan tiga anak menghubungi pihak polis.