Ringkasan AI
- CIMB akan menamatkan aplikasi CIMB Clicks pada 12 April 2025, dan pengguna perlu beralih sepenuhnya ke CIMB OCTO.
- Sokongan SecureTAC pada CIMB Clicks akan dihentikan mulai 16 Mac 2025 dan dipindahkan ke CIMB OCTO.
- Pengguna disarankan untuk memuat turun aplikasi CIMB OCTO dari Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery untuk memastikan urusan perbankan berjalan lancar.
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
Selari ke langkah berkenaan, CIMB turut akan menghentikan sokongan SecureTAC pada aplikasi CIMB Clicks berkuat kuasa 16 Mac 2025, dan dipindahkan sepenuhnya ke CIMB OCTO.
CIMB sebelum ini telah memulakan proses peralihan ke CIMB OCTO secara berperingkat sejak tahun lepas, dan menamatkan ciri pada CIMB Clicks secara berperingkat.
Malah, aplikasi CIMB Clicks tidak lagi ditawarkan untuk pemasangan baharu.
Bagi anda yang masih menggunakan aplikasi CIMB Clicks, mungkin sudah tiba masanya untuk menggunakan CIMB OCTO dalam memastikan urusan perbankan anda berjalan dengan lancar.
Aplikasi CIMB OCTO boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan juga Huawei AppGallery. -Amanz
