Ringkasan AI
- Elon Musk akan memperkenalkan Grok-3 secara rasmi pada 12 tengah hari Selasa, 18 Februari 2025, dan menunjukkan keupayaan model kecerdasan buatan ini kepada umum.
- Musk mendakwa Grok-3 akan menjadi model kecerdasan buatan paling pintar di pasaran, mengatasi penyedia lain seperti OpenAI dan DeepSeek.
- Grok adalah chatbot dari syarikat kecerdasan buatan milik Musk, xAI, dan kini ditawarkan melalui perkhidmatan X serta aplikasi khusus di iOS dan Android secara berperingkat mengikut negara.
Elon Musk turut mengatakan Grok-3 akan menjadi model kecerdasan buatan paling pintar di pasaran jikalau dibandingkan dengan pelbagai penyedia lain.
Dengan janji yang tinggi ini, semestinya ramai menantikan bagaimanakah Grok-3 akan berfungsi jikalau dibandingkan dengan penawaran OpenAI mahu pun DeepSeek.
Grok merupakan penawaran chatbot melalui syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang dimiliki oleh Elon Musk, iaitu xAI.
Buat masa ini, ia ditawarkan melalui perkhidmatan X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).
Selain itu, xAI turut telah mula memperluaskan penawaran menggunakan aplikasi Grok khusus di iOS dan Android secara berperingkat mengikut negara.
