SEPERTI ura-ura yang didengari sejak seminggu lalu, Google telah menjenamakan semula Bard menjadi Gemini bermula semalam.
Kecerdasan buatan (AI) ini akan boleh digunakan sebagai pembantu maya menggantikan Assistant pada peranti Android.
Kerana ia berasaskan model AI Gemini Pro, ia boleh melakukan pelbagai tugasan seperti melakukan carian maklumat, menghasilkan kapsyen untuk gambar, menghasilkan kod untuk perisian, mencadangkan idea dan banyak lagi.
Ini dilakukan dengan memuat turun aplikasi Gemini terus pada peranti.
Apabila pengguna menyeru pembantu maya, pilihan untuk menggantikan Assistant dengan Gemini akan diberikan.
Gemini masih boleh melakukan kesemua tugas Assistant seperti menetapkan penggera bangun pagi dan banyak lagi.
Di iOS pula, Gemini boleh diakses menerusi aplikasi Google. Tekan ikon Gemini dalam aplikasi dan ciri yang sama dapat digunakan.
Tetapi pengalaman penggunaan Gemini adalah lebih lancar dengan integrasi yang lebih baik pada platform Android.
Gemini sudah boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat bermula semalam. Pengguna global akan menerimanya secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.
Ia akan menyokong hanya Bahasa Inggeris, Jepun dan Korea pada versi aplikasi.
Sementara itu Gemini versi web pula menyokong 40 bahasa-bahasa utama dunia. Sokongan bahasa lain pula akan diberikan secara berperingkat. -Amanz
Amanz
Fri Feb 09 2024
![Google Bard dijenama menjadi Gemini, boleh guna sebagai pembantu maya peranti Android Google Bard dijenama menjadi Gemini, boleh guna sebagai pembantu maya peranti Android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707450763_TBGeminijpg.jpg)
Ia boleh melakukan pelbagai tugasan seperti melakukan carian maklumat, menghasilkan kapsyen untuk gambar, menghasilkan kod untuk perisian, dan mencadangkan idea. -Amanz
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua terkorban dalam nahas pesawat di Sao Paulo
Dua terbunuh, manakala enam yang lain disahkan cedera dalam nahas pesawat yang terhempas di Sao Paulo, Brazil. Pesawat yang terhempas seperti yang disahkan pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan pada Jumaat, merupakan jenis Beech F90 King Air.
![Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738945634_MohamadHasan.jpg)
Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad
Mohamad menekankan keperluan ketelitian dalam menangani isu tersebut, mengambil kira sifat konflik yang kompleks.
Langkah penyusunan semula bagi pastikan petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.
Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.
Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.
Ismanira beritahu anaknya hilang, lari berdesup - Saksi
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin ada memaklumkan kepada saksi pendakwaan kesepuluh bahawa kanak-kanak autistik itu telah hilang pada 5 Disember 2023.
Nasimah Abu Bakar, 33 tahun yang merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tempat Zayn Rayyan bersekolah memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat.
Nasimah Abu Bakar, 33 tahun yang merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tempat Zayn Rayyan bersekolah memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat.
Tertarik untung lumayan, warga emas berputih mata rugi RM3.2 juta
Tertarik dengan keuntungan lumayan, seorang warga emas berusia 77 tahun berputih mata apabila kerugian RM3.2 juta selepas dipedaya sindiket pelaburan saham yang disertainya menerusi Facebook, November lalu.
Polis terima laporan daripada aktivis pelajar
Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya berhubung Perhimpunan Solidariti Palestine direkodkan.
![Google Bard dijenama menjadi Gemini, boleh guna sebagai pembantu maya peranti Android Google Bard dijenama menjadi Gemini, boleh guna sebagai pembantu maya peranti Android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707450763_TBGeminijpg.jpg)
Google Bard dijenama menjadi Gemini, boleh guna sebagai pembantu maya peranti Android
Ia boleh melakukan pelbagai tugasan seperti melakukan carian maklumat, menghasilkan kapsyen untuk gambar, menghasilkan kod untuk perisian, dan mencadangkan idea.
![Google Bard kini boleh jana teks ke imej secara percuma Google Bard kini boleh jana teks ke imej secara percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706846217_GoogleBard.jpg)
Google Bard kini boleh jana teks ke imej secara percuma
Pengguna juga turut boleh melakukan pilihan untuk menjana dua imej tambahan - iaitu sehingga empat imej maksimum untuk setiap input teks.
![Google Bard kini bolehkan anda tanya soalan berkaitan video YouTube Google Bard kini bolehkan anda tanya soalan berkaitan video YouTube](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700711399_TBGoogleBard.jpg)
Google Bard kini bolehkan anda tanya soalan berkaitan video YouTube
Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan pelbagai perkara dan ia menawarkan ciri berasaskan kecerdasan buatan generatif.