KUALA LUMPUR: Jenama elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG) memperkenalkan teknologi televisyen (TV) paparan OLED terkini dengan sistem operasi webOS yang dikemas kini dan ciri khusus yang dipertingkatkan.
Pengenalan baharu tersebut membariskan generasi baharu bagi paparan OLED iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.
LG sekali lagi menetapkan standard baharu untuk hiburan di rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium bersama ciri dipertingkatkan seperti Pemproses AI Alpha (α) 9 Gen6, HDR Expression Enhancer, Bunyi Jelas AI, Kawalan Imbangan Auto, dan WOW Synergy.
Pengarah Urusannya, Justin Choi berkata, dengan pengenalan baharu tersebut ia akan menetapkan penanda aras terkini untuk hiburan di rumah bagi pelanggan mereka di Malaysia.
"LG mendedikasikan usaha penyelidikan dan pembangunan yang meluas untuk memastikan siri baharu ini dapat memberikan pengalaman yang tiada tandingan untuk keperluan hiburan rumah pengguna.
"Sebagai jenama inovatif yang dianugerahkan dengan CES Innovation Award untuk 11 tahun berturut-turut, kami yakin yang barisan produk baharu ini mampu menyampaikan nilai yang lebih tinggi untuk pengguna kami," katanya kepada media ketika majlis pelancaran siri LG TV OLED terbaharu di pusat beli-belah Mid Valley pada Rabu.
Siri LG TV OLED ini memfokuskan ciri utama termasuk pemproses AI α9 4K Gen6 untuk kualiti gambar dan bunyi yang dioptimumkan bersama-sama siri pemproses Alpha terbaharu yang digunakan dalam LG TV OLED 2023 menggunakan teknologi Pembelajaran Mendalam dengan bantuan AI untuk menghasilkan imej yang terlihat lebih jelas dan nyata.
Ia turut memberi tumpuan terhadap inovasi 'Brightness Booster Max' untuk imej yang lebih realistik serta kecerahan dikawal pada asas piksel demi piksel untuk menghasilkan butiran imej yang lebih tajam dan realistik.
Rekaan dioptimumkan untuk permainan, LG TV OLED mengambil kira dengan kadar respons serendah 0.1ms, bersama sokongan Nvidia GSYNC serta AMD FreeSync Premium juga disokong untuk HDMI 2.1 dan VRR.
Selain itu, LG turut memperkenalkan dua skrin gaya hidup terkini menerusi koleksi LG OLED Posé Objet (berharga RM 12,999) dengan menawarkan reka bentuk yang anggun dan bergaya.
Diiktiraf sebagai Pemenang IF Design Award, Koleksi LG OLED Posé Objet menyempurnakan kediaman anda dengan teknologi termaju.
LG OLED Flex (berharga RM13,199) pula merupakan TV gaming 4K yang boleh dibengkokkan untuk memberikan fleksibiliti luar biasa dan pengalaman gaming mengasyikkan, khas untuk memenuhi kepuasan para gamers.
Tanda harga untuk LG OLED evo G3 bermula dari RM17,999, LG OLED evo C3 (bermula dari RM10,999), dan LG OLED A3 (bermula dari RM8,999).
Haikal Raman
Fri Jul 14 2023
LG TV OLED menyempurnakan pengalaman hiburan di rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium bersama ciri dipertingkatkan.
#AWANIRingkas 30 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 30 Januari 2025
1️⃣ 110 tahanan Palestin dibebaskan
2️⃣ Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak meningkat
3️⃣ PM arah NADMA perkemas penyelarasan
#awaniringkas
1️⃣ 110 tahanan Palestin dibebaskan
2️⃣ Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak meningkat
3️⃣ PM arah NADMA perkemas penyelarasan
#awaniringkas
Mekanisme ASEAN terlalu elitis tidak dirasai orang awam - Penganalisis
Profesor Fakulti Sains Sosial Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Prof. Farish Noor berkata ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara. Jelasnya, kegagalan ini terserlah melalui ketidakupayaan ASEAN untuk menerbitkan sebuah buku teks sejarah bersama yang standard. #DialogASEAN25
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
Felo Kanan Program Dasar Luar Negeri dan Kajian Keselamatan ISIS Malaysia, Thomas Daniel berkata ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif. Jelasnya, usahasama ini perlu diteruskan walaupun persepsi umum mengenai rundingan dengan pentadbiran Donald Trump dianggap sukar. #DialogASEAN25
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China - Penganalisis
Profesor Ekonomi Li Ka Sing dan Dekan Institut Dasar Awam Lee Kuan Yew Universiti Kebangsaan Singapura, Prof. Danny Quah berkata ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang. Jelasnya, ASEAN perlu membawa naratif pembangunan tersendiri yang tidak menjurus kepada perspektif bersaing dan konfrontasi. #DialogASEAN25
AWANI Borneo [30/1/2025] – Banjir di Bintulu | Bantuan bencana | Situasi di Kalimantan
AWANI Borneo Khamis, 30 Januari 2025 bersama Assim Hassan.
Banjir Bintulu terburuk dalam tempoh 70 tahun.
Semua aset telah digerakkan ke kawasan terjejas - Zahid
Ratusan terkandas di Pos Keselamatan Sempadan Entikong.
Banjir Bintulu terburuk dalam tempoh 70 tahun.
Semua aset telah digerakkan ke kawasan terjejas - Zahid
Ratusan terkandas di Pos Keselamatan Sempadan Entikong.
Ratusan terkandas di Pos Keselamatan Sempadan Entikong
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak selepas ratusan penumpang terkandas di Pos Keselamatan Sempadan Entikong, Kalimantan Barat.
Dwi Nardi, Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Dwi Nardi, Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Utamakan keselamatan, sambut Tahun Baharu Cina bersederhana
Biarpun terpaksa berlindung di PPS setelah kediaman diancam bencana tanah runtuh, ia tidak mematahkan semangat sebuah keluarga kecil di Kampung Lereng Bukit, Miri untuk menyambut tahun baharu cina secara ala kadar.
RM1,000 bantuan awal akan disalurkan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusuf berkata RM1,000 akan disalurkan kepada mangsa banjir mengikut SOP sedia ada, dan bantuan tambahan akan ditentukan selepas berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Nikmati hiburan terbaik di rumah dengan LG TV OLED generasi baharu!
Pengenalan baharu tersebut membariskan generasi baharu bagi paparan OLED iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.