OPENAI hari ini secara rasminya mengumumkan penawaran enjin carian mereka tersendiri, dinamakan SearchGPT.
Melaluinya, ia menawarkan sokongan enjin carian yang melakukan carian masa-nyata pada pelbagai laman web di arena internet dan memaparkan maklumat berkaitan kepada pengguna.
Melalui SearchGPT ia tidak memaparkan pautan terus, sebaliknya ia merumuskan jawapan kepada sesuatu persoalan yang ditanya – selain turut memaparkan sebuah pautan berkaitan kepada laman berkaitan.
Seperti pada ChatGPT, pengguna turut boleh bertanyakan soalan susulan, dan ia akan memahami sesuatu konteks pertanyaan.
Buat masa ini, SearchGPT masih belum dibuka kepada umum, dan ditawarkan dalam bentuk prototaip kepada sejumlah pengguna sahaja.
Enjin carian ini dikuasakan oleh GPT-4, dan ia dikatakan bekerjasama dengan sejumlah penyedia kandungan dalam memperlihatkan hasil carian berkenaan.
Dengan penawaran ini juga, akhirnya pengguna akan mempunyai akses kepada “ChatGPT dengan sokongan info masa-nyata”, dan tidak lagi tertakluk kepada penggunaan ChatGPT yang sering memaparkan informasi dan data yang lama. -Amanz
Amanz
Fri Jul 26 2024
Ia menawarkan sokongan enjin carian yang melakukan carian masa-nyata pada pelbagai laman web di arena internet dan memaparkan maklumat berkaitan kepada pengguna. -Amanz
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Pembinaan semula Gaza dianggar 1 trilion dolar
Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Kabinet Israel telah meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza.
TikTok mula ditutup di AS esok kecuali jika Biden campur tangan
TikTok menyatakan perkhidmatannya akan dihentikan di Amerika Syarikat pada Ahad ini jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberikan jaminan.
Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keraguan terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Akauntan rugi RM460,888 terpedaya pelaburan Bitcoin
Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang akauntan, mendakwa dirinya ditipu satu pelaburan Bitcoin bernama 'Pfou' yang disertainya Julai lalu.
Malaysia ketengah tiga tonggak utama di pemukiman Menteri Luar
Malaysia akan mengetengahkan tiga tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya selaku pengerusi ASEAN 2025.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ia bermatlamat memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ia bermatlamat memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Imran Khan,isteri dipenjara, bersalah kes rasuah tanah
Mahkamah anti-rasuah di Pakistan pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas bekas Perdana Menteri Imran Khan atas tuduhan rasuah tanah.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Kurangkan kebergantungan pada OpenAI, Microsoft tambah model AI lain kuasakan CoPilot
Selain mengurangkan kebergantungan, langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan kos oleh Microsoft.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Pelanggan ChatGPT Plus, Pro kini boleh berinteraksi melalui video dengan chatbot
Pengguna boleh melakukan panggilan video untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
OpenAI perkenal Sora kepada pengguna ChatGPT berbayar
Pengguna Sora boleh menjana video pada resolusi sehingga 1080p, dengan durasi sehingga 20 saat.
OpenAI bekerjasama dengan syarikat pengeluar dron kamikaze Anduril
Menerusi kerjasama ini, AI digunakan bagi meningkatkan misi keselamatan AS menerusi perisian Lattice yang dibangunkan oleh Anduril.
ChatGPT akan 'tergendala' jika anda bertanya tentang individu-individu ini
ChatGPT Akan Tergendala Jika Akan Bertanya Mengenai Individu-Individu Ini
Media Kanada saman OpenAI atas dakwaan pelanggaran hak cipta
Kelima-lima penerbit menyatakan bahawa mereka melabur ratusan juta dolar dalam laporan kritikal, penyiasatan, dan laporan asal yang dilindungi oleh hak cipta.
Aplikasi ChatGPT untuk Windows kini terbuka kepada semua
Aplikasi ChatGPT Untuk Windows Kini Terbuka Kepada Semua