OPPO memperkenalkan dua telefon pintar baharu, Reno12 dan Reno12 Pro yang padat set ciri Kecerdasan Buatan Generatif (GenAI) peneraju industri yang berupaya melonjakkan produktiviti dan kreativiti ke dimensi baharu.
Keunggulan fungsi kamera, kecekapan kuasa, ketersambungan sempurna, keupayaan mempermudah tugasan, dan reka bentuk menawan - segala ciri terunggul AI hari ini ada pada dua telefon pintar terbaharu daripada OPPO ini meliputi segenap aspek, pada harga yang berpatutan.
Sebagai manifestasi komitmennya untuk membawa keupayaan AI kepada segenap lapisan pengguna, OPPO bekerjasama dengan Google, Microsoft, MediaTek, Qualcomm, dan pelbagai rakan kongsi lain untuk menghadirkan telefon pintar AI untuk semua.
Pelbagai ciri dipertingkat dengan AI
Reno12 dan Reno12 Pro memperkenalkan set ciri GenAI1 yang inovatif meliputi pelbagai penggunaan harian.
Dengan AI Eraser baharu yang dikemas kini, pengguna boleh hilangkan apa sahaja objek di dalam gambar yang tidak diingini, termasuk orang, dengan hanya satu ketukan.
Kedua-dua telefon ini juga dilengkapi dengan dua ciri AI yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti gambar berkumpulan - AI Clear Face memberikan pemulihan definisi tinggi pada butiran seperti kontur wajah, rambut, dan kening, memastikan wajah mereka ditangkap dengan jelasnya walaupun berdiri jauh dari kamera.
AI Best Face pula boleh mengenal pasti orang dalam foto yang matanya tertutup dan menggunakan teknologi GenAI yang canggih untuk membuatkan mata mereka terbuka.
Sementara AI Studio boleh mencipta avatar digital atau gaya potret artistik daripada hanya satu foto pengguna - mahu jadi koboi, bintang dalam manga ‘cyberpunk’, atau apa sahaja - segalanya boleh.
Dibina di atas Model Bahasa Besar Google Gemini (Large Language Model - LLM), AI Toolbox merupakan tambahan baru pada bar sisi pintar yang memanfaatkan keupayaan pengenalan yang kuat untuk memahami kandungan yang dipaparkan di skrin dan mencadangkan ciri AI yang bersesuaian, seperti penjanaan kandungan media sosial yang cepat atau ringkasan kandungan untuk artikel panjang.
Dalam aplikasi Rakaman, AI Recording Summary yang baru berupaya merumuskan ringkasan teks secara pintar daripada rakaman suara dan menyusunnya menjadi nota, dengan maklumat seperti senarai tugasan, masa, lokasi, dan butiran lain diserlahkan dan diformatkan untuk meningkatkan kebolehbacaan.
Pakar Potret AI
Sebagai Pakar Potret AI, kamera utama Reno12 dan Reno12 Pro dilengkapi dengan sensor Sony LYT-600 yang menampilkan autofokus omni-arah piksel penuh dan OIS, menawarkan fokus lebih pantas dan stabil.
Kedua-dua model juga mempunyai Mod Potret dengan zoom sehingga 2x untuk menangkap potret bokeh yang menakjubkan setanding dengan tangkapan gambar yang diambil menggunakan kamera profesional.
Kamera Potret Telefoto 50MP menawarkan zoom optikal hingga 2x, dan Kamera Swafoto 50MP Baharu dengan autofokus serta kesan Retouching Potret AI baharu yang membolehkan pelarasan ciri-ciri wajah seperti bentuk muka, garis rambut, tulang pipi dan banyak lagi secara masa nyata.
Video 4K pada 30fps juga tersedia pada kedua-dua kamera belakang dan hadapan untuk video definisi tinggi yang menakjubkan dengan resolusi empat kali ganda lebih tinggi daripada video 1080p.
Ketersambungan yang lancar, sempurna dan stabil
Memperkenalkan Teknologi AI LinkBoost OPPO generasi terkini, dilengkapi dengan sembilan antena individu yang disusun keliling berupaya meningkatkan penerimaan isyarat dan mengoptimumkan pemilihan rangkaian menggunakan model AI peringkat sistem untuk melaksanakan peralihan rangkaian yang pantas berdasarkan persekitaran rangkaian pengguna.
Dengan Pensijilan Prestasi Rangkaian Tinggi TÜV Rheinland yang pertama di dunia, Siri Reno12 disahkan untuk memberikan pengalaman rangkaian yang lancar dalam apa sahaja keadaan yang diuji untuk menambah keyakinan pada prestasi ketersambungan menerajui yang terkemuka.
OPPO turut memperkenalkan BeaconLink untuk Reno12 dan Reno12 Pro untuk situasi seperti penerbangan, pengangkutan tren di bawah tanah, atau mendaki gunung di mana liputan rangkaian mudah alih tidak tersedia.
Dengan menggunakan protokol komunikasi proprietari, BeaconLink meningkatkan penghantaran Bluetooth untuk membolehkan komunikasi pada jarak sehingga 200 meter, membolehkan panggilan suara satu sama satu dalam keadaan kecemasan tanpa memerlukan liputan rangkaian.
Reka bentuk menawan dan teguh
Bahagian hadapan Reno12 Pro menyaksikan evolusi terbesar pada paparan dalam sejarah Siri Reno dengan kehadiran Skrin ‘Infinite View’ baharu — salah satu teknologi skrin tercanggih pada mana-mana telefon pintar.
Dengan reka bentuk mikro-lengkung kuad, ia memberi estetika skrin lengkung dengan cengkaman skrin rata, memberikan keselesaan luar biasa dan visual mengasyikkan sambil mengurangkan bilangan sentuhan tak sengaja yang berlaku secara ketara pada tepi lengkungan skrin.
OPPO Reno12 dan Reno12 Pro menampilkan panel kaca belakang dengan Tekstur Gelombang ‘Fluid’ Futuristik, mencipta sensasi 3D pada permukaan licin, hadir dalam dua jenis pilihan warna - ‘Sunset Pink’ dan ‘Matte Brown’ untuk Reno12 sementara ‘Sunset Gold’ dan ‘Space Brown’ bagi Reno12 Pro.
Kedua-dua telefon dilengkapi skrin AMOLED 6.7-inci, 120Hz yang mampu memaparkan sehingga 1.07 bilion warna sambil menawarkan perlindungan mata rendah cahaya biru, juga teknologi ‘Splash Touch’ OPPO, yang membolehkan skrin berfungsi dengan betul walaupun skrin atau tangan pengguna basah.
Bercakap tentang air, Reno12 dan Reno12 Pro lebih tahan habuk dan air sementara komponen kritikal di seluruh telefon iaitu bukaan, pembesar suara, port USB-C dan dulang kad SIM diperkukuh dengan penarafan IP65.
Perlindungan skrin ini pada Reno12 dijaga dengan Corning® Gorilla® Glass 7i sementara Reno12 Pro pula menampilkan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 untuk ketahanan peringkat unggul terhadap impak, jatuhan, lenturan, dan calar, diperkukuh dengan Rangka Aloi Berkekuatan Tinggi.
Hayat bateri lebih lama, pengecasan lebih pantas
Reno12 dan Reno12 Pro dihidupkan dengan bateri 5,000mAh, kapasiti kuasa tertinggi setakat ini pada telefon Reno Series, memberikan hayat bateri yang berpanjangan dan keadaan bateri optimum selama lebih daripada empat tahun tanpa meningkatkan saiz bateri atau telefon.
Dengan sokongan Pengecas Kilat 80W SUPERVOOC OPPOTM pada kedua-dua model, pengecasan daripada 1 peratus kepada 31 peratus mengambil masa hanya sepuluh minit, dan hanya 47 minit untuk pengecasan penuh 100% peratus.
Kecekapan Kuasa Terbaik
Reno12 dan Reno12 Pro adalah telefon pertama yang menampilkan platform mudah alih 4nm MediaTek Dimensity 7300-Energy For Reno serba baharu yang memberikan kecekapan kuasa luar biasa dengan platform lapan-teras, terdiri daripada empat teras prestasi A78 dan empat teras kecekapan A55.
Hasil kerjasama mendalam OPPO dengan MediaTek ini menghasilkan inovasi dalam prestasi dari segi SoC, memori, dan storan melalui ColorOS Trinity Engine terkini.
Dengan menggunakan model AI untuk mengenal pasti senario pengguna semasa, enjin CPU-Vita yang dikemas kini pada Trinity Engine mampu memperuntukkan sumber SoC dengan tepat, mencapai penggunaan kuasa yang lebih rendah sambil memastikan kestabilan dan kelancaran sistem.
Enjin RAM-Vita meningkatkan penggunaan RAM untuk mempercepat kelajuan pelancaran and peralihan aplikasi, berupaya mengekalkan aplikasi latar belakang aktif berjalan selama 72 jam tanpa henti.
Pengembangan RAM OPPO boleh digunakan untuk menukar 12GB storan menjadi RAM sementara, serta enjin ROM-Vita yang dikemas kini kini menjalankan pemampatan tanpa kehilangan pada aplikasi yang jarang digunakan dan menguruskan fail pendua untuk mengurangkan penggunaan storan yang tidak perlu agar menghasilkan ruang storan yang lebih banyak untuk fail pengguna dan meningkatkan kelajuan baca/tulis memori.
Harga
OPPO Reno12 dan Reno12 Pro kini tersedia untuk dibeli oleh rakyat Malaysia bermula hari ini. Dapatkan OPPO Reno12 Pro (12GB + 512GB) pada harga runcit yang disyorkan RM2,599, manakala Reno12 (12GB + 512GB) berharga RM2,199.
Ganjaran
Bermula 27 Jun 2024 hingga 31 Julai 2024, pengguna akan menerima ganjaran menarik termasuk hadiah percuma, rebat segera, dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000 melalui aplikasi My OPPO! dengan setiap pembelian OPPO Reno12 Series.
Selain itu, pengguna dijamin nilai tukar beli telefon apabila menaik taraf kepada mana-mana generasi Reno yang akan datang.
Israr Khalid
Fri Jun 28 2024
Siri OPPO Reno12 padat set ciri GenAI peneraju industri yang berupaya melonjakkan produktiviti dan kreativiti ke dimensi baharu.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza
Laporan Human Rights Watch (HRW) Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dituduh bersikap berat dalam isu hak asasi manusia berhubung dua konflik yang hampir sama di Gaza dan Ukraine.
Gencata senjata: Israel akan bebaskan 2,000 banduan Palestin pada fasa pertama perjanjian
Hampir 300 rakyat Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup juga termasuk dalam senarai pembebasan.
Oppo, Nokia tamatkan pertikaian dengan tandatangani perjanjian paten
Nokia menyatakan dengan perjanjian ini, ia sekali gus membawa kepada kestabilan perniagaan pelesenan paten mereka.
Jenama besar minat bekerjasama dengan pelukis Malaysia, Indonesia
Pelukis Indonesia, Ronald Apriyan antara yang bertuah kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama telefon pintar terkemuka dari China iaitu Oppo.
Inovasi baru Oppo F11 Pro bantu pengguna rakam potret malam lebih jelas
Dianggap sebagai telefon pintar terkini yang melengkapkan citarasa pengguna, Oppo F11 Pro kini berada di pasaran dengan harga jualan RM1,399.
Neelofa, satu-satunya hijabista Malaysia hadiri Victoria's Secret Show
Neelofa menjadi selebriti pertama Malaysia yang dijemput menghadiri pertunjukan fesyen Victorias Secret di Shanghai semalam.
MARA Digital Mall diperluas di setiap ibu negeri bermula tahun depan - Ismail Sabri
MARA Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan.
Operasi MARA Digital Mall baru seminggu, bukan pengukur tidak berjaya - Ismail Sabri
Kerajaan menegaskan pengoperasian MARA Digital Mall yang baru seminggu, tidak sepatutnya dijadikan ukuran bahawa pusat pengedaran barangan digital itu tidak berjaya.