Ringkasan AI
- Reaction Engine, syarikat yang membangunkan pesawat hipersonik Skylon dan enjin SABRE, telah memfailkan notis bankrap pada 31 Oktober lalu kerana gagal mengumpulkan dana yang diperlukan.
- Enjin SABRE yang dibangunkan selama 35 tahun, bertujuan untuk digunakan pada pesawat Skylon yang boleh terbang pada kelajuan 5000 km/j, masih belum menjadi realiti dan hanya berjaya melakukan beberapa ujian.
- Projek Skylon dan pembangunan senjata hipersonik buatan kendiri UK kini terjejas akibat kegagalan ini, kerana teknologi enjin SABRE sepatutnya digunakan dalam kedua-dua projek tersebut.
Pada waktu tersebut Skylon dibangunkan oleh syarikat Reaction Engines Limited yang ingin menghasilkan pesawat kargo angkasa lepas bagi kegunaan United Kingdom.
Ini dilakukan dengan membangunkan enjin SABRE (Synergetic Air-Breathing Rocket Engine) yang boleh berfungsi sebagai enjin jet dan roket secara serentak.
Pembangunan Skylon dan enjin SABRE kini terkubur selepas Reaction Engines memfailkan notis bankrap pada 31 Oktober lalu.
Operasi syarikat tidak dapat diteruskan selepas ia gagal mengumpulkan dana yang diperlukan.
Enjin SABRE telah dibangunkan sejak 35 tahun lalu tetapi masih belum menjadi realiti dan hanya berjaya melakukan beberapa ujian.
Sasaran asal ialah SABRE digunakan pada Skylon yang boleh terbang pada kelajuan mencecah 5,000 km/j.
Ia akan terbang seperti pesawat biasa di bumi menggunakan enjin jet sebelum SABRE mengubah ke mod roket untuk terbang ke angkasa lepas.
Selain menyebabkan projek Skylon tergendala, pembangunan senjata hipersonik buatan kendiri UK juga kini terjejas memandangkan teknologi enjin SABRE juga sepatutnya digunakan. -Amanz