X BARU sahaja meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium+ pada bulan Disember 2024 yang lepas.


Ringkasan AI
  • X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.
  • Pelan X Premium menawarkan penggunaan tanpa iklan, akses kepada ciri baharu, dan akses awal kepada Grok generasi terkini, termasuk Grok-3.
  • Dengan harga langganan yang tinggi ini, pengguna perlu mempertimbangkan sama ada untuk kekal melanggan atau memilih pelan yang lebih rendah di X.


Kini, hari ini, X sekali lagi meningkatkan harga langganan untuk perkhidmatan berkenaan, dan kini berharga RM177 sebulan.

Pelan langganan X Premium+ ini menjanjikan pengalaman penggunaan X tanpa gangguan sebarang iklan, akses kepada ciri baharu, dan juga akses awal kepada Grok generasi terkini, termasuk Grok-3 yang dilancarkan pada minggu ini.

Pada harga langganan yang tinggi ini, adakah anda akan kekal melanggannya, atau memilih pelan yang lebih rendah di X? -Amanz