PAGI tadi, YouTube telah mengumumkan beberapa ciri menarik khusus untuk pelanggan Premium mereka.


Ringkasan AI
  • YouTube Premium memperkenalkan ciri "Jump Ahead" untuk melangkau iklan atau terus ke bahagian menarik dalam video, serta penstriman audio berkualiti tinggi pada kadar 256kbps.
  • Pengguna yang melanggan pelan premium Google One boleh mendapat diskaun 14% untuk langganan YouTube Premium. Namun, penawaran ini buat masa ini hanya di Amerika Syarikat.
  • Pelanggan YouTube Premium boleh mencuba ciri baharu ini dengan melayari youtube.com/new.


Antaranya adalah ciri Jump Ahead untuk melangkau iklan dari dalam video atau melangkau terus ke bahagian menarik.

Selain itu, ciri penstriman audio lebih tinggi pada kadar 256kbps turut dapat dinikmati.

YouTube turut akan menawarkan diskaun langganan jika melanggan perkhidmatan Google yang lain.

Jika pengguna melanggan mana-mana pelan premium Google One, harga langganan YouTube untuk individu boleh melayakkan diskaun 14%.

Ini bermakna, jika di Malaysia pelan individu adalah RM20.90 dan anda ada melanggan pelan Google One Premium 2TB RM42.90 – langganan YouTube akan menjadi hanya RM17.97.

Cuma buat masa ini, penawaran ini dihadkan di Amerika Syarikat sahaja. Ia akan dikembangkan ke pasaran lain secara berperingkat dan diharapkan akan ke Malaysia.

Jika anda adalah pelanggan pelan Premium dan ingin mencuba ciri baharu, boleh layari youtube.com/new. -Amanz