PEMBUBARAN Parlimen pada hari ulang tahun keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah negara bukan sesuatu yang mengejutkan. Bagi saya, ia sesuatu yang normal dan sudah boleh dibaca.
Walaupun banyak pihak 'bising' dan menuduh Najib terlalu lambat membubarkan Parlimen — kata mereka ia seharusnya dibuat sejak Jun tahun lepas lagi, saya tetap menganggap tidak salah bagi pemimpin nombor satu negara itu untuk baru mengumumkan pembubaran tersebut.
Lagipun banyak ganjarannya kalau semua bersabar, jangan gopoh — bukankah bersabar separuh daripada iman?
Tentu Najib sendiri mahu memberi hadiah kepada rakyat pada hari ulangtahunnya menjadi Perdana Menteri, dan pengumuman pembubaran merupakan hadiah paling bermakna kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk memerintah negara walaupun majoriti pada pilihan raya 2008 kurang dua pertiga.
Sekarang isu bubar sudah selesai; parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan kini sibuk pula meletak calon di kawasan tertentu. Ada yang mengambil keputusan tengok dulu siapa calon lawan baru umum calon sendiri, ada juga yang merancang strategi kempen dan cara menawan pengundi.
Walauapapun, pembubaran merupakan simbol mula perang antara dua parti. Memang tiada senapang atau mortar digunakan namun perang poster dan pendedahan pelbagai skandal lama individu tertentu oleh pihak berkenaan sebenarnya merupakan taktik pembunuhan yang kejam.
Dalam perang saraf politik, ia dipanggil pembunuhan karakter.
Apapun, mana-mana parti perlu mengambil pendekatan lebih bijak kali ini untuk menawan pengundi.
Pengundi bukannya bodoh dan boleh diperkotak-katikkan dengan ayat-ayat manis lagi. Ini zaman siber; semua rujukan boleh dibuat sekelip mata walaupun tahap kepercayaan kepada isi kandungan di alam maya boleh dipertikaikan namun jika diulang-ulang ia tetap masuk ke dalam otak.
Sekali lagi dalam perang saraf politik, taktik ini dikenali dengan nama 'pengulangan'.
Tiada lagi alasan untuk tidak menggunakan kemudahan Internet sebagai medium penyebaran propaganda kempen politik. Tambahan pula, penubuhan kampung-kampung tanpa wayar pasti sudah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk.
Pada pilihan raya umum kali ini, saya rasa akan ada banyak isu yang terdedah. Parti-parti politik pasti menyimpan 'peluru' dan menembak pada masa yang sesuai — pasti 'nuklear' dilepaskan dua malam sebelum hari mengundi kelak.
Tidak kiralah apa juga senjata atau mekanisma yang akan digunakan, tujuannya hanya kemenangan.
Bagi saya, untuk permulaan selepas bubarnya Parlimen, parti politik harus menggunakan pendekatan terbaik untuk memancing minat pengundi kepada manifesto yang akan dibentang.
Harus diingat, mood pengundi boleh berubah dengan satu 'klik' tajuk berita di alam siber.
Pilihan raya kali ini bukan sahaja ibu kepada segala pilihan raya tapi tidak keterlaluan jika secara peribadi saya simpulkan, keputusannya nanti merupakan penanda aras sokongan rakyat yang susah untuk diubah sekurang-kurangnya untuk tiga atau empat kali pilihan raya selepas 2013.
Siapa yang menang akan menjadi nasi — menjadi makanan ruji rakyat sehari-hari. Pandai-pandailah parti yang menang kelak mempelbagaikan hidangan nasinya sama ada nasi campur, nasi minyak atau nasi beriyani mengikut cita rasa rakyat.
Bagi parti yang kalah, saya andaikan pasti jadi bubur — sajian orang sakit yang harus ditelan sekurang-kurangnya untuk empat tahun selepas 2013.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 04 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia.

ABBA mangsa baharu kempen politik Donald Trump
Universal Music mengarahkan pasukan kempen Trump supaya tidak lagi menggunakan lagu serta video mereka untuk berpolitik.

Zoo Johor alu syarikat, NGO sertai program haiwan angkat - Exco
Kempen mengenai program itu sudah dimulakan beberapa bulan lepas sebagai antara usaha memastikan kebajikan dan pengurusan haiwan.

PRK DUN Mahkota: DAP sedia bantu kempen calon UMNO - Teo
DAP bersedia membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Kluang, kata Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching.

MOTAC giat jalankan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026
Produk pelancongan disesuaikan mengikut segmen khusus seperti ekopelancongan, kebudayaan dan warisan, keluarga dan rekreasi serta pelancongan kesihatan.

PRK Sungai Bakap: Jentera Selangor turun padang bantu kempen calon PH
Amirudin berkata jentera PH Selangor dipertanggungjawabkan menjaga kawasan daerah mengundi di Puteri Gunung dan Sungai Duri.

"Tidak turun PRK Sungai Bakap kerana mahu fokus masalah rakyat" - PM Anwar
Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak turun berkempen bagi PRK Sungai Bakap kerana ingin menumpukan kepada masalah ekonomi negara dan usaha membangunkan rakyat.

PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas.

PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.

Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau.