KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Pembangunan Ekuiti Sdn Bhd (PESB) hari ini menandatangani perjanjian bersama Biogenes Technologies Sdn Bhd (Biogenes) bagi pengkomersialan teknologi aptamer.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Hazani Hassan berkata, perjanjian itu menyaksikan Biogenes menjadi syarikat pemula pertama berjaya melengkapkan Dana 1 Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang dibangunkan pada 2020.
Kata Mohammad Hazani, kejayaan itu juga membolehkan Biogenes menguji penyelesaian diagnostik penjagaan kesihatannya menggunakan sampel sebenar dan akan terus dibiayai di bawah Dana 3 NTIS yang disediakan di bawah MTDC.
“Kami berbangga mengumumkan bahawa Biogenes ialah syarikat pemula pertama yang berjaya melengkapkan Dana 1 NTIS dan akan terus dibiayai di bawah Dana 3 NTIS.
"MTDC juga berbangga terhadap Biogenes yang akan terus mengkomersialkan diagnostik penjagaan kesihatannya di Asia Tenggara melalui perjanjian dengan PESB,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau menambah, sejak penubuhannya pada 2020, NTIS telah menerima banyak permohonan melibatkan pelbagai teknologi.
“Ini menunjukkan bahawa terdapat pasaran besar terhadap bakat dan teknologi tempatan yang perlu digilap. Setakat ini, MTDC telah meluluskan pembiayaan kepada 98 buah syarikat,” katanya.
Beliau berkata, NTIS merupakan inisiatif utama di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk mempercepat dan mentransformasi negara ke arah berteknologi dan berpendapatan tinggi.
Sementara itu, Ketua Strategi PESB, Ariivazhagan Supramaniam berkata, pihaknya sentiasa komited melabur ke dalam syarikat inovatif dalam bidang bioteknologi.
“Kami telah mendapat keyakinan pelabur dan mempunyai mandat yang jelas untuk pelaburan.
“Kami sangat percaya bahawa Biogenes mampu menembusi pasaran yang besar dan menyokong pertumbuhan mereka dalam menjadi status unicorn. Pada asasnya, PESB memilih pemenang dan kami percaya telah menemuinya menerusi Biogenes,” ujarnya.
Di samping itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Biogenes menyifatkan sokongan serta keyakinan yang diberikan PESB mampu mengembangkan operasi syarikat, sekali gus menjana pendapatan.
“Melalui sokongan ini, Biogenes akan melabur ke dalam fasiliti pembuatan gred perubatan, memajukan portfolio teknologi dan memperluas jangkauan jualan ke rantau Asia Tenggara serta dunia.
“Kami menyasarkan untuk mempunyai kapasiti menghasilkan 10 juta kit ujian setahun dan membawa era baharu dalam penyelesaian diagnostik berasaskan aptamer.
“Ia akan mengendalakan diagnostik antibodi semasa dengan kos yang lebih rendah, stabil dan lebih tepat,” katanya lagi.
Ehsan A Marisah
Tue Jan 17 2023

Mohammad Hazani (tengah) berkata, perjanjian itu menyaksikan Biogenes menjadi syarikat pemula pertama berjaya melengkapkan Dana 1 Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang dibangunkan pada 2020. - Foto MTDC
11 termasuk pempengaruh TikTok ditahan terlibat rusuhan
Polis menahan 11 individu termasuk seorang pempengaruh media sosial kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Dua lelaki lecur 75 peratus, 3 kenderaan musnah
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus dan tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, di sini terbakar pada Sabtu.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga
Dividen kukuh yang diumumkan KWSP menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan MADANI berada di landasan yang betul.
10 Berita Pilihan - (1 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AADK tahan 94 penagih dadah termasuk tiga warga emas di Melaka
AADK menahan 94 lelaki termasuk tiga warga emas disyaki penagih dadah dalam Operasi Perdana yang dilaksanakan di tiga daerah di Melaka selama tiga hari bermula pada 24 Feb lepas.
AWANI Review: Struggling with Cash Flow? Real-Time Data May Be the Solution for SMEs
SMEs often face tough end-of-month decisions - pay salaries or keep operations running. What if real-time financial insights could change that? RollingPay’s Cellou Diallo and Ridzuan Aziz share how leveraging sales data can unlock better credit access, helping SMEs manage cash flow, plan ahead, and scale smarter.

Akses portal STR guna MyDigital ID bermula hari ini - LHDN
Pemohon dan penerima STR kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan MyDigital ID bagi semakan dan permohonan baharu STR bermula hari ini.

Peniaga bazar Ramadan seluruh negara siap sedia sambut pengunjung
Sehari menjelang 1 Ramadan, peniaga bazar Ramadan di seluruh negara giat membuat persiapan akhir, termasuk pemasangan kanopi dan susun atur gerai.

Kerajaan terus bela nasib veteran ATM - Adly
Kerajaan terus membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hilang upaya akibat kecederaan semasa bertugas bagi memastikan nasib anak-anak mereka tidak terabai.

MTDC terus komited biaya Biogenes komersial teknologi aptamer melalui Dana 3 NTIS
Ia membolehkan Biogenes menguji penyelesaian diagnostik penjagaan kesihatannya menggunakan sampel sebenar.