Fri Sep 25 2015


Pasukan pertahanan awam Arab Saudi dipetik berkata, kira-kira 4,000 anggota pasukan kecemasan mereka bersama kumpulan dari Palang Merah, telah dikerahkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari bandar suci Mekah. - Jabatan Pertahanan Awam Saudi/Agensi/AP

Gambar yang dimuat naik oleh pihak Pertahanan Awam Arab Saudi di akaun Twitter rasmi mereka menunjukkan seorang jemaah sedang mendapatkan rawatan perubatan oleh anggota pasukan kecemasan mereka - Foto Pertahanan Awam Arab Saudi/Agensi/AP

Seorang jemaah haji sedang meneriman rawatan perubatan oleh anggota pasukan kecemasan dalam operasi menyelamat di Mina. - Jabatan Pertahanan Awam Saudi/Agensi/AP

Setakat jam 8.30 malam (waktu Malaysia) angka yang terkorban adalah 717 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di laman Twitter rasminya. - Twitter/@KSA_998

Setakat 11.30 malam (waktu Malaysia) Khamis, jumlah jemaah haji yang cedera di Mina dipercayai mencapai angka 863. Jumlah kematian kini mencatat 717 orang. - Foto AP

Tiada perkataan yang mampu menggambarkan pemandangan menyayat hati selepas lebih 700 jemaah haji terkorban dan 863 mengalami kecederaan dalam insiden rempuhan di Mina pada Khamis. Sehingga kini, punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti. - Foto AP

BMayat jemaah haji yang maut dalam insiden rempuhan di Mina bergelimpangan di atas jalan raya sebelum dibawa ke hospital berdekatan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah pada Khamis. Beliau turut berkata kawasan kejadian rempuhan berkenaan tidak melibatkan laluan jemaah Malaysia untuk melakukan ibadah melontar itu. - Foto AP

Seorang jemaah haji yang cedera dalam insiden di Mina sedang dirawat oleh pekerja perubatan sejurus selepas insiden berlaku kira-kira jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi). Insiden itu telah mengorbankan lebih 700 nyawa dan mengakibatkan kecederaan ke atas lebih 800 jemaah haji yang seang melakukan ibadah melontar di Mina. Insiden itu dilaporkan berlaku di Jalan 204 yang merupakan salah satu laluan utama untuk ke Jamrah, kawasan melontar batu di Mina. - Foto AP

Berdekatan Jalan 206 inilah berlakunya insiden rempuhan Mina yang telah mengorbankan lebih 700 nyawa dan kecederaan ke atas lebih 850 jemaah haji pada pagi Khamis. Insiden itu dilaporkan berlaku kira-kira lima kilometer dari bandar suci Mekah. Beberapa insiden rempuhan pernah berlaku di kota Mekah tidak lama dahulu. - Foto AP

Warga perubatan bekerjasama membantu jemaah-jemaah haji yang cedera dalam insiden rempuhan di Mina pada Khamis. Dalam insiden itu, sejumlah 717 jemaah dilaporkan terkorban dan 863 cedera. Sehingga kini, punca kejadian masih belum dapat dikenalpasti. Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Nayef telah mengarahkan siasatan dijalankan serta-merta untuk dibentangkan kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman. - Foto AP

Seorang pekerja perubatan membawa salah seorang jemaah haji yang cedera di atas kerusi roda selepas insiden rempuhan berlaku di Mina sewaktu jutaan jemaah haji sedang melakukan ibadah melontar di situ. Insiden pada jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) dilaporkan berlaku di Jalan 204 yang merupakan salah satu laluan utama jemaah haji untuk melakukan ibadah melontar. Sejumlah 717 jemaah haji terkorban dan 863 lagi cedera yang terdiri dari berbilang bangsa. - Foto AP

Jemaah haji di Mina berkumpul di Mina, Arab Saudi pada musim haji tahunan pada Khamis, 24 September, 2015. Lebih 700 maut dan 863 jemaah haji cedera, kata pegawai penguatkuasa Saudi. Insiden berlaku kira-kira lima kilometer (tiga batu) dari kota suci Mekah di mana beberapa insiden termasuk rempuhan dan kebakaran berlaku sejak beberapa tahun lalu. - Foto AP

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.