Fri Mar 22 2019


Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda yang terselamat dalam serangan pengganas minggu lalu mendoakan agar Allah memberi perlindungan kepada New Zealand dan dunia menerusi khutbah yang dibacakannya pada hari ini. - Foto REUTERS/Edgar Su

Khutbah Jumaat yang disampaikan semasa solat Jumaat di Hagley Park, berhampiran Masjid Al-Noor hari ini turut disertai ribuan orang Islam dan bukan Islam. - Foto REUTERS/Edgar Su

Jemaah berpelukan sesama sendiri sejurus sebelum solat Jumaat yang diadakan di Hagley Park di luar masjid Al-Noor, Christchurch. - Foto REUTERS/Edgar Su

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern meninggalkan lokasi solat Jumaat di Hagley Park di luar masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand.- Foto REUTERS/Jorge Silva

Orang ramai menghadiri solat Jumaat di Hagley Park, luar masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand.- Foto REUTERS/Jorge Silva

Jemaah menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka di Hagley Park di luar masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand. - Foto REUTERS/Edgar Su

Khutbah Jumaat yang disampaikan hari ini turut disertai ribuan orang Islam dan bukan Islam, termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern yang hadir dengan mengenakan tudung. - Foto REUTERS/Jorge Silva

Antara mereka yang hadir bagi memberikan penghormatan kepada mangsa serangan pengganas Jumaat lalu. Perhimpunan diadakan sejurus sebelum solat Jumaat yang diadakan di Hagley Park, di Christchurch, New Zealand. - Foto REUTERS/Jorge Silva

Pandangan jauh dari Hagley Park di luar masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand. - Foto REUTERS/Jorge Silva

Seorang pegawai polis sedang berkawal di luar masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand. - Foto REUTERS/Jorge Silva

Seorang lelaki menjadi imam kepada solat yang diadakan di Hagley Park di luar masjid Al-Noor, Christchurch lokasi serangan berdarah Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Edgar Su

Wanita bukan Islam turut memberikan penghormatan dengan memakai tudung pada majlis memperingati mangsa serangan pengganas di masjid Al-Noor pada Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Jorge Silva

Antara jemaah yang hadir di Hagley Park sebelum solat Jumaat yang diadakan di masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand. - Foto REUTERS/Edgar Su

Antara jemaah yang hadir di Hagley Park sebelum solat Jumaat yang diadakan di masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand. - Foto REUTERS/Edgar Su

Orang ramai melahirkan rasa kesedihan sewaktu majlis pengkebumian mangsa serangan pengganas di Christchurch di Memorial Park Cemetery.- Foto REUTERS/Edgar Su

Sekumpulan jemaah sedang mengusung jenazah salah seorang mangsa serangan pengganas Jumaat lalu untuk dikebumikan. - Foto REUTERS/Jorge Silva

Orang ramai menenangkan sesama sendiri sewaktu perhimpunan di Hagley Park, di luar kawasan masjid Al-Noor yang terletak di Christchurch, New Zealand. - Foto REUTERS/Edgar Su

Sekumpulan anggota keselamatan berkawal sebelum waktu solat Jumaat di Hagley Park yang terletak di luar masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand. - Foto REUTERS/Edgar Su

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern tiba sejurus sebelum solat Jumaat di Hagley Park yang terletak di Masjid Al-Noor Christchurch. - Foto REUTERS/Jorge Silva

Tanpa mengharapkan publisiti, kerajaan New Zealand di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Jacinda Ardern bertindak segera dan berkesan dalam memberi bantuan kepada mereka yang terjejas dengan serangan. - Foto REUTERS/Jorge Silva

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.