10 fakta mengenai Ferrari
Pengeluar kereta supercar Ferrari dari Itali, mula diniagakan di bursa New York Stock Exchange, Amerika Syarikat pada penghujung 2015.
Sat Dec 19 2015
Kereta Ferrari pertama dengan pacuan automatik adalah dari jenis 400i dan yang terakhir menggunakan transmisi manual generasi pertama California V8 convertible (gambar). - AFP RELAX
The F40 (gambar), yang dibina sempena ulang tahun ke-40 syarikat Ferrari pada 1987 adalah kenderaan paling laju yang diluluskan untuk kegunaan di atas jalanraya. Kelajuannya mampu mencecah sehingga 200 batu sejam. - AFPRELAX
LaFerrari (gambar) adalah kereta hibrid pertama syarikat Ferrari. Berkonsepkan 'hypercar' dan menggunakan motor elektrik serta gandingan enjin 6.3-liter V12, ia menghasilkan kekuatan enjin sehingga 950bhp. - AFPRELAX
Kegagalan kerjasama Ferrari dan Enzo, menyaksikan syarikat Ford mengambil kesempatan menghasilkan kenderaan terbaiknya termasuk Shelby Cobra, Daytona Coup dan Ford GT 40 (gambar). Jika tidak, Ferrari mungkin menjadi sebahagian dari kisah kejayaan kereta-kereta ini. - AFPRELAX
Pada 1968, Ferrari memperkenalkan model 'Dino' dalam bentuk enam silider berbanding 12. Ia mendapat sambutan hebat dan muncul sebagai salah sebuah model sensasi buat syarikat itu. - AFPRELAX
Pada luarannya kelihatan seperti model Fiat, namun di bawahnya adalah Ferrari. Menggunakan enjin Dino V6, Ferrari memberikan kebenaran buat Fiat untuk menggunakannya bagi model coupe keluarannya dengan nama Fiat Dino Coupe Convertible. - AFPRELAX
Hanya terdapat 32 buah Ferrari 250 GTO,namun yang paling menjadi tumpuan adalah model bermuncung jerung, Bertone Ferrari 250 SWB Speciale, direka oleh Giorgetto Giugiaro pereka tersohor yang kemudiannya menghasilkan Maserati Ghibli dan Lotus Esprit serta VW Golf. - AFPRELAX
Ini model paling serasi dengan teknologi telefon pintar Apple. Selain paling pantas dan eksklusif, Ferrari juga menjadi syarikat pertama yang memperkenalkan CarPlay, teknologi bebas tangan oleh syarikat Apple. Ia membuat penampilan sulung pada model Ferrari FF model empat tempat duduk dan pacuan empat roda GT. - AFPRELAX
Sehingga hari ini, model Ferrari yang paling mahal dilelong adalah dari jenis 250GTO keluaran 1962 (gambar) - selain memegang gelaran kereta paling mahal dengan harga lelongan $38.1 juta. - AFPRELAX
Sejak 2013, 100 peratus kereta keluaran Ferrari dibina dengan ciri-ciri tersendiri, pemilihan unik pelanggan dan warna pilihan individu. Trend itu juga dijangka berterusan dengan keluaran terbaru F12tdf (gambar). - AFPRELAX
ASEAN 2025 | 15 Jan
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau