Sun Oct 28 2012


Versi ayam Gabon yang telah diubah suai oleh negara barat adalah ayam yang telah dicelup dalam mentega kacang. Hakikatnya resepi asalnya penuh dengan kandungan cili, bawang putih, tomato, lada, garam, okra dan mentega sawit. Dikatakan terlalu lazat, sehingga boleh menyebabkan saluran jantung tersumbat dan memerlukan anda menjadi ahli jim. |Sumber: http://www.cnngo.com Gambar: http://angsarap.net

Jika dimakan, anda mungkin merasai ledakan keenakan atau mungkin juga menjadi penyebab gigi rosak. Ais krim ala Amerika Syarikat sememangnya mewah dengan kacang, manisan marshmallows dan sos cokelat. Namun awas, jika terlalu banyak menjamahnya ada kemungkinan ia mengundang masalah berat badan! |Sumber: http://www.cnngo.com Gambar: http://ecoki.com

Ciptaan agung Thai dengan kandungan utama udang, cendawan, tomato, serai dan daun limau purut. Kebiasaannya dimasak bersama santan dan krim. Sup enak ini menggabungkan rasa popular Thai, masam, masin, pedas dan manis. Apa yang lebih penting, ia murah!. |Sumber: http://www.cnngo.com Gambar: http://www.buttered-up.com

Hasil rebusan isi ikan kembung, asam jawa, cili, pudina, serai, bawang dan nenas maka terhasil juadah paling popular di Malaysia. Dihidangkan bersama mee laksa, ia enak sehingga ada yang terliur sebelum sempat dijamah. |Sumber: http://www.cnngo.com Gambar: http://e-nadd.blogspot.com

Ketulan daging bercampur salad sayuran adalah kombinasi yang menagih seluruh negara Jerman menukar eko-sistemnya hanya untuk menghasilkan lebih banyak daginglembu bermutu. | Sumber: http://www.cnngo.com Gambar: http://wonderingfair.com

Rahsia kelazatannya adalah pada keranggupan kulit itik yang disalut lapisan sirap berempah yang dipanggang didalam ketuhar. Maka tidak hairanlah ada restoran yang menghidangkan lebih banyak kulit dari isi itiknya. Semuanya dijamah bersama lempeng, bawang dan sos kicap manis. |Sumber: http://www.cnngo.com Gambar: http://www.siameast.com

Apabila negara Jepun mahu membina sesuatu yang sempurna, mereka berjaya mengusahakannya. Terjelmalah jenama Toyota, Nintendo, Sony, Nikon dan Yamaha. Semuanya hasil sentuhan rakyat Jepun yang makanan popularnya ikan mentah bersama gumpalan nasi atau Sushi. Ia kini menjadi antara makanan popular di dunia. |Sumber : http://www.cnngo.com Gambar: http://en.wikipedia.org

Tanpa hidangan berkrim dan rasa pahit-manisnya, sambutan Hari Valentine tidak sempurna. Hari Easter juga membosankan. Pendek kata banyak sambutan yang berlangsung hambar dan tidak meriah. |Sumber : http://www.cnngo.com Gambar: http://stuffpoint.com

Piza terbaik dan paling ringkas sudah semestinya Neapolitan. Adunan piza ini turut dilindungi persatuan yang menetapkan kandungan wajib piza antaranya terdiri dari garam laut, tepung gandum berkualiti tinggi, 3 jenis tomato segar,tepung diuli tangan dan penggunaan oven yang dibakar dengan kayu. |Sumber: http://www.cnngo.com Gambar: http://www.pittsburghmagazine.com

Digelar raja segala kari, dan mungkin juga segala makanan. Gabungan rasa berempah, pedas dan manis menjadikannya lazat dan penuh personaliti tersendiri. | Sumber: http://www.cnngo.com Gambar: http://angsarap.net

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.