Sat Jul 25 2015


17.05.1988: Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ketika itu Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bertitah selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.- Foto Sumber Arkib Negara

18.05.1988: Hari Raya Aidilfitri, Menteri Penerangan ketika itu (Allahyarham) Datuk Mohamed Rahmat, mengadakan jamuan hari raya di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur.- Foto Sumber Arkib Negara

30.6.1985: Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad meraikan kanak-kanak tidak bernasib baik dan yatim piatu di dalam satu majlis jamuan teh di kediamannya di Seri Perdana. Gambar menunjukkan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah bermesra dengan kanak-kanak yang hadir.- Foto Sumber Arkib Negara

15.9.1977: Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Hussein Onn (kanan) dan isteri Allahyarham Tun Suhailah Mohamad Noah mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman mereka, di Seri Taman, Kuala Lumpur pada hari pertama hari raya Aidilfitri. Gambar menunjukkan Menteri Perumahan dan Kemajuan Perkampungan ketika itu Datuk Michael Chen, sedang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tun Hussein.- Foto Sumber Arkib Negara

Gambar tidak bertarikh ini memaparkan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya pertama sempena menyambut Aidilfitri di kediamannya di Seri Perdana. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham) Tun Abdul Ghaffar Baba dan isteri.- Foto Sumber Arkib Negara

13.8.1980: Gambar menunjukkan sebilangan rakyat jelata tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ketika itu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah (kiri) selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Negara, Kuala Lumpur. - Foto Sumber Arkib Negara

Foto memaparkan anggota keluarga kerabat diraja Perlis. Gambar menunjukkan aktivis, Datuk Seri Lily Abdul Majeed berdiri bersebelahan Tuanku Tengku Fauziah Binti AlMarhum Tengku Abdul Rashid dan adinda-adinda baginda, Raja Arshad dan Raja Sherif semasa Hari Raya Aidilfitri pada tahun1954, di hadapan Masjid Working, Suvey, England.- Foto Sumber Arkib Negara

15 Februari 1964: Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-3, Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail sedang bertitah di hadapan 4,000 umat Islam sebaik selesai solat sunat Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Istana Negara, Kuala Lumpur. - Foto Sumber Arkib Negara

03.02.1965: Kelihatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-3, Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, bersama-sama dengan rakyat ketika menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Istana Negara, Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan di barisan hadapan (dari kanan) Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Menteri Pengangkutan Datuk Sardon Jubir, Datuk Abdul Rahman Mohamed Yasin (Yang Di Pertua Dewan Negara ketika itu) dan Datuk Abdul Jamil Rais (Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri ketika itu). - Foto Sumber Arkib Negara

2.12.1977: Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak Hussein dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Hamzah Abu Samah, mengunjungi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Istana Klang pada Hari Raya Aidilfitri. - Foto Sumber Arkib Negara

1.1.1968: Gambar menunjukkan solat sunat Aidilfitri bersama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-4, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (tengah). Turut kelihatan (di sebelah kiri) Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.- Foto Sumber Arkib Negara

Februari 1996: Gambar menunjukkan Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (berdiri berbaju batik) sedang meraikan para tetamu ketika sambutan hari raya di kediaman beliau di Jalan Eaton, Kuala Lumpur. - Foto Sumber Arkib Negara

30.11.1970: Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman bersalaman dengan orang ramai yang hadir sebaik selesai solat sunat hari raya di Masjid Negara. - Foto Sumber Arkib Negara

15.9.1977: Gambar memaparkan rakyat jelata mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (membelakangi) selepas selesai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. Di sebelah kiri ialah Menteri Luar Negeri ketika itu Tengku Ahmad Rithauddeen.- Foto Sumber Arkib Negara

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (duduk bersongkok) bergambar bersama anggota keluarga beliau ketika sambutan Hari Raya pada tahun 1992. - Foto Sumber Arkib Negara

29.8.1979: Isteri Perdana Menteri ketiga ketika itu Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Suhailah Mohamad Noah (tengah) meraikan anggota PERTIWI sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Taman, Kuala Lumpur.- Foto Sumber Arkib Negara

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Aplikasi Grok untuk iPhone kini boleh dimuat turun pengguna Malaysia
Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."