Wed May 18 2016


Ahli pasukan keselamatan tentera Sri Lanka menyelamatkan seorang wanita ketika banjir di pinggir bandar Kaduwela di ibu negara Colombo pada 17 Mei 2016. - FOTO AFP/LAKRUWAN WANNIARACHCHI

Satu pasangan warga Sri Lanka bersama anak kecil mereka meredah air banjir di ibu negara Colombo pada 17 Mei 2016. Banjir dan tanah runtuh yang melanda negara itu telah mengorbankan lebih kurang 100 nyawa dan menyebabkan ribuan rakyat terpaksa berpindah. - FOTO AFP/LAKRUWAN WANNIARACHCHI

Penduduk Sri Lanka hanya boleh termenung memandang air yang membanjiri rumah mereka di Pugoda, kira-kira 35 kilometer dari ibu negara Colombo, pada 17 Mei 2016. - FOTO AFP/ISHARA S.KODIKARA

Seorang lelaki mendukung anaknya sambil meredah hujan dan air banjir di pinggir bandar Kaduwela di ibu negara Colombo pada 17 Mei 2016. - FOTO AFP/LAKRUWAN WANNIARACHCHI

Pengguna jalan raya terkandas akibat banjir di pinggir bandar Athurugeriya di Colombo, Sri Lanka pada 18 Mei 2016. - FOTO AFP/LAKRUWAN WANNIARACHCHI

Kanak-kanak meneruskan aktiviti seharian mereka sambil meredah air banjir di pinggir bandar Kelaniya di Colombo, Sri Lanka pada 18 Mei 2016. - FOTO AFP/ISHARA S.KODIKARA

Seorang wanita cuba menyelamatkan perkakas rumahnya apabila kediamannya yang terletak di pinggir bandar Kelaniya, Colombo dinaiki air banjir pada 18 Mei 2016. - FOTO AFP/ISHARA S.KODIKARA
Wartawan portal disyaki rasuah dibebaskan hari ini
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.
57 MP pembangkang khianat usaha reformasi institusi Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, sebagai telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.
Azad, Nabil, Radin dan dua kakitangan digantung, Astro bertemu MCMC
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 4 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Polis tumpaskan dua sindiket pengedaran, rampas dadah bernilai RM6.3 juta
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan KLIA pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.
#AWANIRingkas 4 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Mac 2025
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
AWANI Borneo [4/3/2025] – Infrastruktur padi | Projek JPS | Pengambilalihan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Lelaki ditahan kes ugutan jenayah ketika mesyuarat agung parti politik
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah semasa mesyuarat agung tahunan sebuah parti politik di Kuala Selangor, Sabtu lepas.