Sat Nov 19 2016


Peserta perhimpunan Bersih 5 mula bergerak dari Stesen LRT Bangsar menuju ke arah Dataran Merdeka di ibu kota pada hari Sabtu, 19 Nov, 2016. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Seorang lelaki dilihat memakai 'tattoo' Jalur Gemilang di pipinya sambil berjalan bersama peserta perhimpunan Bersih 5 yang lain dari Stesen LRT Bangsar menuju ke arah Dataran Merdeka pada hari ini, 19 Nov, 2016. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Sesetengah peserta Bersih 5 dilihat santai di Jalan Bangsar berdekatan Dataran Maybank sambil menunggu arahan untuk bergerak ke pusat bandar raya pada hari ini, 19 Nov, 2016. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Penyokong Kumpulan Baju Merah juga kelihatan hadir berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada hari ini, 19 November 2016. - Foto Astro AWANI/Mariah Ahmad

Penyokong Kumpulan Baju Merah hadir di perhimpunan dengan bertopeng pada hari ini, 19 November 2016. - Foto Astro AWANI/Mariah Ahmad

Anggota dan penyokong Kumpulan Baju Merah berarak ke pusat bandar dari Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari ini, 19 November 2016. - Astro AWANI/Mariah Ahmad

Seorang wanita dengan memegang belon 'Angry Bird' yang tertulis perkataan 'Mana Jamal?' kelihatan di kalangan penyokong Bersih 5 yang berhimpun dekat Masjid Jamek di Jalan Tun Perak pada hari ini, 19 Nov, 2016. - Foto Astro AWANI/Khairul Nizam Bakeri

Suasana perhimpunan Bersih 5 di sekitar kawasan berhampiran Masjid Jamek pada hari ini, Sabtu, 19 Nov, 2016. - Foto Astro AWANI/Khairul Nizam Bakeri

Peserta perhimpunan Bersih 5 di sekitar kawasan berhampiran Masjid Jamek duduk di jalan raya sebelum memulakan perarakan menuju Dataran Merdeka, pada hari ini 19 Nov, 2016. - Foto Astro AWANI/Khairul Nizam Bakeri

Peserta perhimpunan Bersih 5 bergerak dari kawasan Pudu Raya di kota raya pada 19 Nov, 2016. Astro AWANI/Shahir Omar

Peserta perhimpunan Bersih 5 mula bergerak dari kawasan Masjid Jamek ke KLCC pada 19 Nov, 2016. Astro AWANI/Shahir Omar

Peserta perhimpunan Bersih 5 berkumpul di kawasan berhampiran KLCC pada 19, Nov 2016. Astro AWANI/Shahir Omar

Salah seorang peserta perhimpunan Bersih 5 kelihatan memakai topeng 'Anonymous' secara terbalik berada di hadapan KLCC pada 19, Nov 2016. Astro AWANI/Shahir Omar

Foto 'panorama' yang diambil di hadapan KLCC menunjuk sebahagian daripada bilangan besar peserta perhimpunan Bersih 5 pada 19, Nov 2016. Astro AWANI/Shahir Omar

Kehadiran Tun Mahathir Mohamed mencuri tumpuan ramai di perhimpunan Bersih 5 di hadapan KLCC pada 19 Nov, 2016. Astro AWANI/Shahir Omar
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.