Sat Feb 15 2020
Seorang pengunjung sedang berdoa di dewan utama Basilica Menor del Santo Nio, Cebu City.
Magellans Cross didirikan sebagai memperingati ketibaan peneroka Portugis dan Sepanyol pimpinan Ferdinand Magellan di Cebu pada Mac 1521. Ia juga sebagai tanda ketibaan agama Kristian ke bumi Filipina apabila Raja Humabon, isteri dan anak-anak dibaptis borsama kira-kira 800 orang tempayan.
Fuerte de San Pedro dibina oleh kumpulan pertama penjajah Sepanyol untuk menangkis serangan kumpulan Muslim Moro. Binaan batu hari ini dibina pada 1738 dan menjadi kubu segi tiga tertua di Filipina.
Seorang penyanyi buta memecah kesunyian perkarangan dalam Fuerte San Pedro yang menjadi antara tumpuan utama pelancong di Cebu City.
Di balik dedaunan pohon yang melempai, tiga orang pelancong Cina sedang melihat semula gambar yang diambil di satu sudut kubu lama Fuerte de San Pedro.
Seorang pemuda sedang melintas jalan seturunnya dari jeepney. Jeepney merupakan medium pengangkutan awam utama yang menjadi identiti budaya Filipina.
Ruang tamu di Casa Gorordo, kediaman orang kaya Cina pemastautin Cebu bernama Juan Gorordo yang dibina pada sekitar 1850-an, kini menjadi muzium yang menceritakan sejarah lama kehidupan masyarakat
Meja makan panjang tempat bersantap keluarga Gorordo suatu ketika dahulu. Pinggan mangkuk dan kutlerinya adalah yang asal milik keluarga tersebut dipamerkan di Muzium Casa Gorordo, Cebu City.
Arca dan ukiran antara harta yang masih disimpan dan dijaga rapi di bilik membaca dalam Casa Gorordo, Cebu City.
Platform tempat melutut dan berteleku dalam gereja kecil di dalam rumah keluarga Gorordo yang kini dijadikan muzium Casa Gorordo. Golongan bangsawan biasanya ada gereja kecil di dalam rumah mereka malah ada rahib yang akan menetap bersama mereka.
Bahagian belakang deretan rumah kediaman penduduk tempatan sekitar Cebu City, Filipina.
Patung arca Raja Humabon di Cebu City, pemimpin Cebu yang bertanggungjawab menerima kehadiran rombongan peneroka Sepanyol ke bumi Filipina pada 1521. Beliau juga individu pertama dari kalangan penduduk asal yang dibaptis oleh mubaligh Kristian Katolik Sepanyol.
Satu petang di lorong dalam kawasan barangay Sawang Calero, Cebu City.
Basilica Menor del Santo Nio di Cebu diasaskan pada 1565 merupakan gereja tertua di Filipina. Imej Santo Nio (Anak Suci) adalah simbol Jesus ketika kecil yang keramat dan dipuja rakyat Cebu yang majoritinya beragama Kristian.
Seorang wanita sedang berjalan di koridor Muzium Warisan Cina Sugbu di Cebu City.
Persimpangan lampu isyarat di Magallanes Street, Cebu City. Pemanduan di Filipina adalah di sebelah kiri, warisan penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat selama hampir 400 tahun.
Seorang wanita dan seorang lelaki sedang berbicara disaksikan matahari senja di kawasan letak kereta di Cebu City.
Suasana satu petang di Carbon Market, Cebu City. Bermacam aneka barangan dijual di pasar berusia lebih 100 tahun ini yang beroperasi tanpa henti siang dan malam. Dahulunya lokasi ini tempat pemunggahan arang dari Cebu RailRoad, maka itu asal namanya.
Pelbagai jenis beras dijual di Carbon Market. Menjadi sifat bangsa asal Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), nasi merupakan makanan ruji rakyat Filipina.
Pelanggan sedang memilih ikan segar terus dari laut yang dijual di Carbon Market, Cebu City.
Anak gelandangan Carbon Market melintas dan beraksi di depan kamera.
Matahari petang di balik pendawaian elektrik yang berselirat di sekitar Quezon Boulevard dekat Carbon Market, Cebu City.
Pelancong sedang menikmati keindahan dan kedinginan air terjun Tumalog, yang terletak di Oslob, Cebu. Air gunung mengalir dari atas dan menitis dari pembentukan lumut yang mengikat tumbuhan pada dinding tinggi.
Mass petang di gereja Nuestra Seora del Patrocinio de Maria Parish yang terletak di Boljoon, Cebu. Nyanyian gospel di sini diiringi petikan gitar flamenco.
Dua wanita sedang berjalan seiringan keluar dari gereja Nuestra Seora del Patrocinio de Maria Parish yang terletak di tepi laut Boljoon, Cebu. Gereja dibina pada 1783 ini dalam pertimbangan UNESCO untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.
Suasana petang di lorong barangay Aguada di Ozamiz City, sebuah bandar di utara Mindanao, Filipina.
Penerbit kandungan digital Astro Awani, Ian Johan Ariff sedang merakam visual dari Dek Tinjau Belvedere-Hoyohoy.
Seorang pemandu trisikel sedang membersihkan kenderaannya pada satu pagi di Ozamiz City, Mindanao. Selain jeepney, trisikel menjadi medium pengangkutan yang lebih ringan untuk bergerak dalam kawasan berdekatan.
Sogip Port bakal jadi pusat utama pertumbuhan ekonomi Sabah
Pengerusi Sogip Port Sdn Bhd, Datuk Harun Ismail, menyatakan pelabuhan ini bakal beroperasi di bawah seliaan Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan jumlah perdagangan di negeri itu
Tumpu Pan Borneo, JKR Sabah tidak abai jalan daerah dan luar bandar
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sedang memberi tumpuan terhadap proejk pembinaan lebuh raya Pan Borneo, namun keadaan jalan persekutuan, negeri, daerah dan jalan luar bandar tidak di abaikan dan sentiasa dipantau.
Ekonomi AS kekal kukuh di sebalik jangkaan kenaikan tarif import
Ekonomi AS terus menunjukkan ketahanan di sebalik pengumuman Trump mengenai potensi kenaikan tarif import. Pakar ekonomi membincangkan impak terhadap inflasi, pertumbuhan GDP, dan unjuran pasaran kewangan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 100 orang
PPS Dewan Rumah Dayak di Saratok yang dibuka pada 19 Jan lepas menjadi tempat berlindung kepada 90 mangsa daripada 21 keluarga manakala PPS Rumah Steven di Tatau yang mula beroperasi semalam menempatkan 10 mangsa daripada 10 keluarga
Beberapa daerah di Sarawak diramal dilanda banjir
Susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 24 Januari 2025, diramalkan kemungkinan banjir akan berlaku di beberapa daerah Negeri Sarawak
Perkhidmatan aerotrain KLIA akan disambung semula pada Q2, kata MAHB
Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku kedua 2025, menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Pantau Agenda Reformasi: Hari Pendidikan Antarabangsa
UNESCO mengangkat tema AI and Education: Preserving human agency in a world of automation untuk sambutan tahun ini, apa yang dapat kita fahami. Ikuti perbincangan bersama pakar.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?