Mon Feb 17 2020


Seorang wanita sedang berjalan di koridor Muzium Warisan Cina Sugbu di Cebu City.

Persimpangan lampu isyarat di Magallanes Street, Cebu City. Pemanduan di Filipina adalah di sebelah kiri, warisan penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat selama hampir 400 tahun.

Seorang wanita dan seorang lelaki sedang berbicara disaksikan matahari senja di kawasan letak kereta di Cebu City.

Suasana satu petang di Carbon Market, Cebu City. Bermacam aneka barangan dijual di pasar berusia lebih 100 tahun ini yang beroperasi tanpa henti siang dan malam. Dahulunya lokasi ini tempat pemunggahan arang dari Cebu RailRoad, maka itu asal namanya.

Pelbagai jenis beras dijual di Carbon Market. Menjadi sifat bangsa asal Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), nasi merupakan makanan ruji rakyat Filipina.

Pelanggan sedang memilih ikan segar terus dari laut yang dijual di Carbon Market, Cebu City.

Anak gelandangan Carbon Market melintas dan beraksi di depan kamera.

Matahari petang di balik pendawaian elektrik yang berselirat di sekitar Quezon Boulevard dekat Carbon Market, Cebu City.

Pelancong sedang menikmati keindahan dan kedinginan air terjun Tumalog, yang terletak di Oslob, Cebu. Air gunung mengalir dari atas dan menitis dari pembentukan lumut yang mengikat tumbuhan pada dinding tinggi.

Kuliah petang di gereja Nuestra Seora del Patrocinio de Maria Parish yang terletak di Boljoon, Cebu. Nyanyian gospel di sini diiringi petikan gitar flamenco.

Dua wanita sedang berjalan seiringan keluar dari gereja Nuestra Seora del Patrocinio de Maria Parish yang terletak di tepi laut Boljoon, Cebu. Gereja dibina pada 1783 ini dalam pertimbangan UNESCO untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

Suasana petang di lorong barangay Aguada di Ozamiz City, sebuah bandar di utara Mindanao, Filipina.

Penerbit kandungan digital Astro Awani, Ian Johan Ariff sedang merakam visual dari Dek Tinjau Belvedere-Hoyohoy.

Seorang pemandu trisikel sedang membersihkan kenderaannya pada satu pagi di Ozamiz City, Mindanao. Selain jeepney, trisikel menjadi medium pengangkutan yang lebih ringan untuk bergerak dalam kawasan berdekatan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.