Mon Nov 17 2014


Setibanya di Stesen Keretapi Ipoh, kelihatan Majestic Station Hotel iaitu hotel pilihan untuk penginapan produksi filem Sepet. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Tingkat dua merupakan bilik penginapan untuk pelakon dan krew produksi, manakala bilik di tingkat tiga merupakan bilik pengarah Yasmin Ahmad. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Dalam perjalanan ke Yasmin At Kong Heng, kita melalui Masjid Negeri Ipoh merupakan masjid yang menjadi lokasi penggambaran filem Muallaf. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Di sinilah pelakon Brian Yap mengintai dari luar masjid dalam filem Muallaf. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Hotel Majestic Station di Stesen Keretapi Ipoh kini telah pun ditutup. Semacam jadi penutup kepada pemergian Yasmin. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Poster buku 'How You Know?' Yasmin Ahmad menyambut ketibaan tetamu di Yasmin at Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Arkitek Ng Sek San berucap di luar Yasmin at Kong Heng bercerita tentang bangunan tersebut. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Papan tanda Yasmin At Kong Heng jelas kelihatan jika pengunjung melalui lokasi di Old Block, Ipoh. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

"Kalau Mak sempat berTwitter, apalah agaknya yang jadi, ucap Sharifah Amani di perasmian Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Pelakon kesayangan Yasmin, Sharifah Amani tersenyum tatkala melangkah ke dalam ruang pameran di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Foto peribadi Yasmin Ahmad menjadi lebih bermakna apabila membaca kapsyen di ruang pameran Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Bagi sahabat yang sering berkunjung ke pejabat Yasmin di Leo Burnett, foto ini pasti meruntun hati anda di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Menonton klip video tribute buat Yasmin, apakah yang bermain dalam hati Sharifah Amani hanya dia sahaja yang tahu. Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Antara pengunjung yang hadir ke majlis perasmin Yasmin At Kong Heng pada Sabtu lalu di Ipoh. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Yasmin Ahmad bagaikan bernyawa di Yasmin At Kong Heng. Ketawa dan guraunya terngiang-ngiang di telinga. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Setelah 10 tahun ditayangkan, Yasmin At Kong Heng jadi saksi pertemuan semula pelakon Ng Choo Seong dan Sharifah Amani , dua watak utama dalam filem Sepet. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Kata-kata pembuka selamat datang bagi pengunjung ke Yasmin At Kong Heng. Muzium itu kini dibuka setiap Sabtu dan Ahad mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Ruang solat Yasmin Ahmad di pejabatnya di Leo Burnett terpampang poster filem-filem arahannya di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Bagi pengunjung yang hadir, ruang ini akan menayangkan filem-filem arahan Yasmin Ahmad. Sabtu lalu ditayangkan filem Talentime di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Ikut tanda arah ini untuk mencari lokasi muzium Yasmin At Kong Heng. Muzium itu berdekatan Sekeping Kong Heng dan restoran Plan B. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Pintu masuk ke Yasmin At Kong Heng yang terletak berdekatan Old Block, Jalan Sultan Yussuf berdekatan Sekeping Kong Heng dan Plan B. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Sepanjang jalan kenangan dalam bentuk foto peribadi mengenai Yasmin di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Foto ini bercerita mengenai rokok. Apakah yang diperkatakan Yasmin mengenai rokok? Baca di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Antara koleksi foto yang dipersembahkan kepada pengunjung di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Memori abadi di muzium Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Tahukah anda yang pengarah Yasmin Ahmad membawa dua telefon bimbit bersamanya? - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Apabila wartawan hiburan menyoal Yasmin mengenai mesej yang mahu disampaikannya menerusi filem, jawab Yasmin "Jika saya mahu menghantar mesej, saya hantar SMS". - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Beberapa hari selepas pemergian Yasmin, tertera mesej-mesej kenangan yang dikongsi mengenai pengarah terkenal itu di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Foto suami Yasmin Ahmad, Keong berlatar kosong setelah ruang solat Allahyarham di Leo Burnet dikosongkan. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Foto panorama ruang pameran di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Foto panorama di ruang kedua pameran di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Di dinding ini terpapar wawancara bersama mereka yang terdekat dengan Yasmin Ahmad. Di ruang pameran pertama di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Foto yang memaparkan ruang solat dan kebaya kegemaran Yasmin Ahmad di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Menerusi kaca televisyen ini, pengunjung berpeluang untuk menonton iklan-iklan ternama karya Yasmin di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Koleksi foto peribadi yang tertampal di ruang kerja Yasmin di Leo Burnett boleh disaksikan di Yasmin At Kong Heng. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Dengan hanya derma RM3 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, pengunjung dapat menyelami kehidupan pengarah filem Gubra. - Astro AWANI/Muzaffar Mustapa

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
