Di sebalik lensa: Suka duka murid terima keputusan UPSR 2016
Reaksi bercampur baur murid ketika menerima keputusan UPSR masing-masing pada 17 November 2016 dirakam lensa kamera Astro AWANI.
Thu Nov 17 2016
Murid SK Sri Petaling bersorak gembira mendengar pengumuman keputusan peperiksaan UPSR oleh guru besar sekolah mereka di Petaling Jaya pada 17 November 2016. -Astro AWANI/Shahir Omar
Beberapa murid kelihatan sugul mendengar pengumuman keputusan UPSR oleh guru besar mereka di SK Sri Petaling, Petaling Jaya pada 17 November 2016. - Astro AWANI/Shahir Omar
Seorang murid ditenangkan kakaknya ketika menunggu giliran mengambil keputusan UPSR di SK Sri Petaling, Petaling Jaya pada 17 November 2016. - Astro AWANI/Shahir Omar
Sheikh Aiman Shukor al Masrie, anak saudara angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie, memeluk ibunya selepas mengambil keputusan UPSR di SK Sri Petaling, Petaling Jaya pada 17 November 2016. -Astro AWANI/Shahir Omar
Reaksi murid SK Sri Petaling ketika mendengar pengumuman keputusan UPSR di sekolah mereka di Petaling Jaya pada 17 November 2016. - Astro AWANI/Shahir Omar
Menteri Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Fatimah Abdullah bersama murid cemerlang cacat penglihatan Felic Bakar Muyang dari SK Pendidikan Khas (B) Kuching pada majlis pengumuman keputusan UPSR 2016 pada 17 November 2016. -fotoBERNAMA
Pasangan kembar Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban, Nur Fatiha Abdul Rahman (kiri) dan Nur Fatihana Abdul Rahman sebak memeluk ibu mereka Nozailinda Nik Mohd Noor (tengah) selepas mendapat keputusan cemerlang 6A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada 17 November 2016. - fotoBERNAMA
Ibu tunggal Hasmah Razak,39, mengucup anaknya Muhammad Daniel Hakimi Mohd Othman yang mendapat keputusan 6A dalam UPSR di sekolahnya Sekolah Kebangsaan Bukit Losong, Kuala Terengganu pada 17 November 2016. - fotoBERNAMA
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra bersama murid-murid yang mendapat 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2016 di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Kuala Lumpur pada 17 November 2016. - Astro AWANI/Shahir Omar
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan