Tue Mar 04 2014


Dikenali sebagai 'Raja Buah' oleh kebanyakan masyarakat di Asia tenggara, durian amat senang untuk dicam dek kerana saiz, rupa dan baunya yang amat kuat. --fotoBernama

Rupa bentuk buah durian ini berbeza-beza dan tiada bentuk spesifik melainkan rupanya yang berduri. Warnanya juga adakala hijau, perang muda dan isinya pula kuning atau merah, bergantung kepada spesisnya. Isinya mengeluarkan bau yang amat kuat walaupun masih belum dikopek. Penerimaan bau ini pula berbeza dari seorang ke seorang. Ada yang manganggap bau durian itu wangi, ada juga yang merasa ianya busuk. --fotoAFP

Durian boleh membesar sehingga 30cm panjang dan 15cm lebar dengan berat purata antara satu hingga tiga kilogram. --fotoBernama

Terdapat beberapa jenis durian yang dikenali di Malaysia, antaranya D2, D24, D101 dan gred premium istimewa iaitu Cheesy Durian a.k.a Cat Mountain King; Bamboo Leg (Thraka)dan Red Prawn. --Photo DurianMalaysia

Durian merah ini merupakan antara empat jenis durian hutan yang ditemui di FRIM. Isi durian merah pula lebih lembut dan kering berbanding durian biasa dan ia tidak mempunya bau yang kuat. --fotoBernama

Walaupun ada yang menutup hidung apabila melintasi gerai durian, ia merupakan antara buah 'wajib' cuba oleh rata-rata pelancong. Gerai menjual durian boleh dilihat di tepi-tepi jalan dan ada juga yang menawarkan penjualan secara 'buffet' makan semana mampu! --foto Mark Wiens

Selain dimakan begitu sahaja, isi buah durian telah dijadikan pelbagai jenis makanan. Ini ialah Durian crepe, sejenis makanan yang dihasilkan daripada buah durian yang kini menjadi trend di Malaysia.

Selain crepe, buah durian turut dijadikan perasa bagi ais krim, kek dan bubur. Percaya atau tidak, bau durian masih kuat walaupun ianya telah dimasak!

Dodol merupakan antara makanan ringan seperti kuih yang disukai rakyat Malaysia serta Indonesia, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Burma. Dodol ini kebiasaanya tidak mempunyai perasa khusus, namun dengan sedikit perubahan, dodol mampu dibuat dengan perasa durian!

Ibu tiga anak maut akibat kebakaran rumah diklasifikasi sebagai kes bunuh
Kes diklasifikasi semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.
[TERKINI] Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis selepas tiba di Manila pada Selasa, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor agensi berita Filipina (PNA).

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.