Wed Jul 27 2016
Festival Bon Odori diadakan setiap tahun antara lain bertujuan mempromosi dan mengukuhkan ikatan kebudayaan antara Malaysia dan Jepun. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Bon ialah salah satu istiadat penganut Buddha di Jepun yang diadakan untuk menghormati roh nenek moyang mereka. Sementara Bon Odori ialah tarian yang diadakan pada sambutan istiadat itu. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Festival tahunan Jepun Bon Odori seringkali diraikan dengan tarian dan nyanyian diiringi paluan rancak gendang, gong dan seruling. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Di Malaysia, Festival Bon Odori bermula sebagai perayaan kecil-kecilan di kalangan ekspatriat Jepun sebagai satu cara untuk melibatkan anak-anak mereka dalam budaya Jepun. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Festival Bon Odori di Malaysia menjadi semakin besar hingga melibatkan penyertaan hampir 30,000 orang yang terdiri dari bukan sahaja warga Jepun tetapi juga rakyat negara ini. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Acara tahunan Bon Odori merupakan perjumpaan musim panas yang paling popular diadakan di setiap daerah di setiap kota di Jepun. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Perayaan tahunan Bon Odori ini dikatakan satu daripada perayaan paling besar diadakan di luar negara matahari terbit itu. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Perayaan sempena musim panas di Jepun ini mula disambut di Malaysia seawal tahun 1977. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Setiap tahun, Festival Bon Odori anjuran Japanese-Malaysian Cultural Exchange ini diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Selangor. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kes pukul oku: polis tahan pempengaruh muat naik hantaran ugutan
Seorang pempengaruh media sosial ditahan polis hari ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di laman sosial berkaitan kes seorang lelaki OKU mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada 17 Jan lepas.
COO syarikat akan didakwa di mahkamah pada Isnin
Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat konsesi lebuh raya antara dua individu akan didakwa berhubung kes rasuah membabitkan dua projek di Lembah Klang di Mahkamah Sesyen Jenayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Isnin.
[TERKINI] Beregu lelaki negara wei chong-kai wun muncul juara
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah yang juga beregu nombor empat dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia 2025
Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.
Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.
Banjir Sarawak: Mangsa di PPS Tatau meningkat kepada 34 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan, dengan 34 orang daripada 13 keluarga kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu.
Ahmad Zahid ajak umat Islam doakan kesejahteraan ummah sempena Israk Mikraj
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia beragama Islam mendoakan kesejahteraan ummah dan kemajuan negara sempena sambutan Israk dan Mikraj 1446H.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi - MetMalaysia
Negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, P. Pinang, Perak, Pahang, N. Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta WP Labuan.
Ilmu tanpa nilai murni berpotensi lahirkan individu korup, tidak bertanggungjawab - Raja Permaisuri Agong
Pendidikan yang hanya mengajar ilmu tanpa menyemai nilai-nilai murni akan melahirkan individu yang berpotensi menjadi korup dan tidak bertanggungjawab, titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Kanak-kanak didakwa alami pendarahan serius selepas berkhatan ramai-ramai
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan di hospital selepas didakwa mengalami pendarahan serius setelah berkhatan beramai-ramai semalam.