Mon Nov 03 2014


Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan mengambil kertas soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di bilik kebal SMK Anderson di sini pada hari pertama peperiksaan itu hari ini. Sebanyak 455,839 calon SPM di 3,655 pusat peperiksaan seluruh negara menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari ini. - Foto Bernama

Pelajar Tingkatan Lima (dari kiri) Elisha Tozen, Nurjanna Mejalan, Marina Taman dan Myra Jack membuat ulangkaji terakhir menggunakan tablet sebelum memasuki dewan peperiksaan untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di Sekolah Menengah St Teresa di sini, hari ini. - Foto Bernama

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Teresa, Elisha Tozen, 17, membacakan doa bagi pelajar bukan muslim menggunakan alat pembesar suara yang dipegang oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah. - Foto Bernama

Pelajar-pelajar mengaminkan bacaan doa sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

Pelajar-pelajar bersalaman dengan guru mereka sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

Pelajar SMK Anderson bersalaman dengan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohd Yusof sebelum masuk ke dewan peperiksaan pada hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh hari ini. Sebanyak 455,839 calon SPM di 3,655 pusat peperiksaan seluruh negara menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari ini. - Foto Bernama

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

Sebahagian daripada 263 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Teresa yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di Kuching, hari ini. Sebanyak 455,839 calon SPM di 3,655 pusat peperiksaan seluruh negara menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari ini. - Foto Bernama

Sebahagian calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersedia sebelum memulakan peperiksaan Kertas Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu hari ini. Seramai 21,754 calon SPM mula menduduki peperiksaan itu di 183 pusat peperiksaan di seluruh negeri Terengganu. Daripada jumlah itu, seramai 20,198 calon ialah dari sekolah kerajaan, 665 calon Maktab Rendah Sains Mara, 69 calon sekolah agama negeri, 37 calon sekolah swasta dan 785 calon persendirian.- Foto Bernama

Gelagat pelajar ketika mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas di Kuala Lumpur hari ini. Sebanyak 455,839 calon SPM di 3,655 pusat peperiksaan seluruh negara menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari ini. - Foto Bernama

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin (kiri) bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Md Rashid Redza (empat, kiri) meninjau calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Izzdanial Putra Ismail, 17, (dua, kanan) menduduki peperiksaan itu di Hospital Putra Melaka di sini hari ini. Seramai 15,113 orang calon menduduki peperiksan SPM di 111 lokasi peperiksaan sekitar Melaka, hari ini. - Foto Bernama

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohd Yusof melawat pelajar SM Sultan Muhammad Shah, Parit Norhakim Najmi Norhashimi yang terpaksa menduduki kertas peperiksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh hari ini. Seramai empat pelajar menduduki kertas peperiksaan masing-masing di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana tidak sihat.- Foto Bernama
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.