Tue Oct 15 2013
Pekerja kandang lembu Mohd Nor Salim mengepung seekor lembu untuk di isi atas lori yang akan dihantar kepada penerima lembu korban sumbangan Parlimen Pekan semasa tinjauan fotoBernama di sini hari ini. -Foto BERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Lembu jantan yang akan dikorbankan esok melompat keluar dari lori sebaik sampai di kampung Pulau Keladi sambil disaksikan kanak-kanak kampung itu semasa tinjauan fotoBernama di sini hari ini. - Foto BERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Kanak-kanak Kampung Pulau Keladi melihat lembu jantan yang akan dikorbankan esok ketika meragut rumput di padang kampung mereka semasa tinjauan fotoBernama di sini hari ini. Lembu berkenaan merupakan sebahagian 303 ekor lembu bakal diagihkan bagi ibadah Korban 2013 bagi Perlimen Pekan. -Foto BERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Pemilik gerai Lemang Perindu, Muhammad Faizal Hassan, 35 atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Tam sedang gigih membakar lemang di sini, malam ini. Setiap kali tibanya musin perayaan seperti Aidilfitri mahupun Aidiladha, gerai lemang beliau akan beroperasi. Sehari beliau mampu membakar sebanyak 300 hingga 500 batang - Foto BERNAMA
Seorang peniaga, Abdul Rahim Abdul Ranee menyusun ketupat untuk menarik perhatian pelanggan ketika tinjauan BERNAMA menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha di sini hari ini. - Foto BERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga Datuk Rohani Abdul Karim merangkap Ahli Parlimen Batang Lupar menyampaikan lembu untuk dikorban di seluruh masjid sekitar sempena Hari Raya Aidil Adha di sini hari ini. - foto BERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Kanak-kanak menenangkan seekor lembu yang akan dikorbankan pada Majlis Korban Peringkat 1 Divisyen Kawasan Kuching bertempat di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi, Kem Penrissen di sini, hari ini.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (dua, kanan) menyembelih seekor lembu sempena ibadah korban di Masjid Khalid Al-Walid di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Seorang sukarelawan Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang Kota Kinabalu, Abdullah Yusup Randiman, 58, bersama anak saudaranya Herry Walter,8, turut serta melepah daging lembu yang dikorbankan sempena sambutan Aidiladha di perkarangan masjid itu di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2013) HAK CIPTA TERPELIHARA
Penduduk setempat menimbang daging lembu untuk diagihkan sempena majlis Ibadah Korban Perdana Parlimen Putrajaya di Presint 16 di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata krisis yang sebenar dihadapi dunia sebenarnya terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim. Jelasnya, pemimpin perlu memanfaatkan kecerdasan buatan (AI0 dan inovasi dalam menangani isu alam semasa. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [20/1/2025] - Tidak akan tarik laporan | Lubuk 'scammer' | Jurusolek disyaki cabul pelanggan | Keluar neraka, kini di 'syurga'
- Isteri lelaki OKU dipukul tidak maafkan pelaku, harap tindakan tegas
- Jurusolek direman, cabul pelakon sambilan di salun rambut
- Donald Trump angkat sumpah tengah malam ini, apa reaksi dunia?
- Selepas lebih etahun, penduduk Gaza dapat nikmati tidur lena
- Jurusolek direman, cabul pelakon sambilan di salun rambut
- Donald Trump angkat sumpah tengah malam ini, apa reaksi dunia?
- Selepas lebih etahun, penduduk Gaza dapat nikmati tidur lena
Nilai semula penggunaan tenaga dalam pembangunan teknologi, AI – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata penggunaan tenaga dalam pembangunan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) perlu diberi penilaian semula agar tidak memberi kesan parah kepada alam. Jelasnya, keseimbangan perlu dicari antara meneruskan usaha pembangunan dan langkah-langkah kelestarian dalam mengejar kemajuan. #AgendaAWANI
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global. Jelasnya, ini merupakan tindakan awal untuk memposisikan Malaysia sebagai peneraju dalam isu berkenaan diperingkat ASEAN. #AgendaAWANI
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.
Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.
SC keluarkan panduan NSRF bantu lembaga pengarah syarikat pacu pelaporan kemampanan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan panduan ringkas untuk menyokong lembaga pengarah syarikat dalam mengguna pakao NSRF.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Kerajaan tidak terburu-buru kejar status negara maju - Rafizi
Kerajaan tidak terburu-buru mengejar status negara maju sebaliknya pertumbuhan ekonomi yang semakin baik menjadikan Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai kedudukan itu.