Wed Jul 01 2015

KUANTAN, 30 Jun, 2015 - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendengar rakaman perbualan antara anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Terengganu dengan lanun yang merampas kapal tangki MT Orkim Harmony ketika menghadiri Taklimat Operasi Menyelamat MT Orkim Harmony oleh KD Terengganu di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang hari ini. Turut hadir Timbalan Panglima TLDM Datuk Ahmad Kamaruzzaman Ahmad Badaruddin (kiri) dan Panglima Wilayah Laut Satu Datuk Azhari Abdul Rashid (tiga,kiri). Kapal MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta dirampas lanun pada 11 Jun lepas ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan. -fotoBERNAMA

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tiga,kiri) bergambar bersama anggota TLDM KD Terengganu ketika menghadiri Taklimat Operasi Menyelamat Kapal Tangki MT Orkim Harmony oleh KD Terengganu di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang hari ini. Turut hadir Timbalan Panglima TLDM Datuk Ahmad Kamaruzzaman Ahmad Badaruddin (tiga kanan) dan Panglima Wilayah Laut Satu Datuk Azhari Abdul Rashid (dua kiri). KD Terengganu berjaya menawan kembali MT Orkim Harmony melalui rundingan selepas dirampas lanun ketika membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta semasa belayar dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan pada 11 Jun lalu. -fotoBERNAMA

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beramah mesra dengan anggota TLDM KD Terengganu ketika menghadiri Taklimat Operasi Menyelamat Kapal Tangki MT Orkim Harmony oleh KD Terengganu di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang hari ini. Turut hadir Timbalan Panglima TLDM Datuk Ahmad Kamaruzzaman Ahmad Badaruddin (dua,kanan) dan Panglima Wilayah Laut Satu Datuk Azhari Abdul Rashid (kanan). KD Terengganu berjaya menawan kembali MT Orkim Harmony melalui rundingan selepas dirampas lanun ketika membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta semasa belayar dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan pada 11 Jun lalu. -fotoBERNAMA

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) beramah mesra dengan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa Bersama Warga TLDM di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang hari ini. Majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin tertinggi dengan anggota-anggota TLDM. -fotoBERNAMA

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membantu menghidangkan makanan ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa Bersama Warga TLDM di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang hari ini. Majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin tertinggi dengan anggota-anggota TLDM. -fotoBERNAMA

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) beramah mesra dengan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menikmati juadah berbuka ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa Bersama Warga TLDM di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang hari ini. Majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin tertinggi dengan anggota-anggota TLDM. -fotoBERNAMA
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau