Tue Jul 30 2019


YDP Agong berkenan menerima tabik hormat diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara pada hari ini.

Pasukan Kawalan Kehormat Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) segak berbaris di perkarangan Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat ketika memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa istiadat pertabalan baginda di Balairung Seri Istana Negara hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.- Bernama

Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. - Bernama

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. - Bernama

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16. - Bernama

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melafazkan Warkah Ikrar pada istiadat pertabalan baginda di Istana Negara hari ini. - Bernama

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membacakan Surat Pengisytiharan Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara. - Bernama

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengucup Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara. - Bernama

Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isteri Cik Puan Sofie Louise Johansson.

Anggota Angkatan Tentera Darat dari Unit 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) melakukan tembakan meriam kehormat sebanyak 21 das sempena Istiadat Pertabalan di Istana Negara.

Antara Sultan, Sultanah dan Tengku Permaisuri negeri yang berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah (kanan) dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar sewaktu meninggalkan Balairung Seri, Istana Negara.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.