Kes perhambaan warga Malaysia di London
Kes perhambaan warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab di London. Misi menjejakinya kini berada di London dalam usaha bertemu dengannya.
Thu Nov 28 2013
Wartawan dari seluruh agensi berita dari seluruh dunia berkumpul di kawasan rumah di Lambeth, Selatan London dimana tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia dijadikan mangsa perhambaan.
Polis mengawal ketat rumah di Lambeth, London yang dijadikan sebagai tempat tinggal kepada tiga wanita mangsa perhambaan termasuk seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab.
Polis mengawal ketat rumah yang dijadikan sebagai tempat perhambaan kepada tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab untuk mengelakkan ia dari diceroboh.
Pegawai penyiasat menjalankan pemeriksaan dari pintu ke pintu di sekitar kediaman dimana tiga wanita termasuk warga Malaysia untuk inkuiri dengan lebih lanjut mengenai aktiviti perhambaan disitu.
Mohamad Noh Mohamad yang merupakan abang ipar kepada Siti Aishah Abdul Wahab sedang menjawab pertanyaan dari pemberita AFP mengenai penemuan adik iparnya yang dijadikan hamba di London.
Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab, Hasnah memegang foto lama adiknya itu dan penemuan adiknya yang telah lama hilang itu menimbulkan kegembiraan terhadap keluarganya di rumahnya Jelebu, N.Sembilan.
Wanita Malaysia yang dijadikan mangsa perhambaan selama 30 tahun di London, Siti Aishah Abdul Wahab merupakan seorang pelajar pintar dizaman persekolahannya dahulu.
Serangan tapak nuklear akan jadi kesilapan besar AS – Iran
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, mangsa belum dikenal pasti
Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Kerajaan kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Mangsa banjir 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Banjir di Sarawak tambah buruk, mangsa bertambah
TM tamatkan sepenuhnya Streamyx, Unifi Lite pada 28 Februari
Pas perlukan formula baharu hadapi PRU16