Tue Feb 04 2014


Pulau Banding merupakan sebahagian daripada Hutan Hujan Belum-Temengor yang terletak di Grik, Perak. Ia berusia kira-kira 130 juta tahun, menjadikannya antara hutan hujan tertua di dunia. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Tahukah anda, 25 ekar daripada Hutan Simpanan Belum-Temengor mempunyai lebih banyak spesis pokok berbanding keseluruhan Amerika Syarikat? Ia merupakan antara hutan dara yang terakhir tertinggal di Malaysia di mana biodiversitinya boleh dikatakan tidak terjejas. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Keindahan dan ketenangan sekitar tasik ini dilengkapi dengan kepelbagaian flora dan fauna. Belayar di sepanjang pulau untuk melihat sendiri penduduk di hutan hujan ini. Sertai lawatan melihat burung atau lihat sendiri 22 spesies ikan yang unik di tasik sedalam 100 meter ini. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Pulau Banding merupakan sebuah pulau dengan keluasan 243 hektar dikelilingi oleh Tasik Temenggor, iaitu tasik buatan manusia yang dicipta pada 1960-an. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Saksikan matahari terbit pada waktu Subuh di Hutan Simpan Belum-Temengor, dengan kabus yang menyelubungi pokok-pokok, anda pasti akan merasai ketenangan dalam dunia yang bebas tekanan, damai dan penuh dengan udara segar. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Foto oleh Suhaimi Sulaiman. Anda juga boleh berkongsi pandangan lensa anda bersama kami dengan menghantar foto anda yang tidak kurang daripada saiz 1Mb ke: [email protected]. Foto terpilih akan dimuatnaik di laman AstroAWANI.com

Selain menikmati keindahan hutan sekitar Tasik Temnggor, lawatan sehari ke kampung orang asli di sana boleh di atur dengan menggunakan bot laju. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Kanak-kanak orang asli di Kampung Chuweh, merupakan antara penempatan orang asli yang terdapat di Pulau Banding. Pengunjung dapat melihat sendiri kehidupan seharian mereka di sini. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Orang Asli di Kampung Chuweh mengamalkan gaya hidup tradisional yang unik dengan bergantung kepada hasil hutan dan sekitar tasik. Mereka tinggal di rumah yang diperbuat daripada buluh dan kayu di tepi tasik tanpa penggunaan elektrik. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Terdapat beberapa jenis tempat penginapan di Pulau Banding; anda boleh memilih untuk menginap do rumah bot jika anda minat memancing, chalet kayu semula jadi di sepanjang kaki bukit yang menghadap ke tasik, atau suite deluxe moden serta villa. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Di tengah-tengah syurga tropika, Pulau Banding, Pusat Penginapan Hutan Hujan Belum ini adalah penginapan yang baru dibangunkan. Ia dilengkapi dengan reka bentuk yang ringkas, namun elegan yang pasti dapat memberi pengalaman indah buat pencinta alam semulajadi. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.

Pulau Banding terletak di tengah-tengah keindahan kehijauan Hutan Hujan Belum-Temengor. Ia mengambil masa selama lima jam untuk sampai ke pulau tersebut dari Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. Foto oleh Suhaimi Sulaiman.
Kadar faedah The Fed dijangka lakukan tiga pemotongan tahun ini
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan menurunkan kadar faedah sehingga tiga kali pada 2025 didorong oleh faktor seperti tekanan inflasi yang semakin reda serta keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran ketidaktentuan global.
Gangguan bekalan air: 65,000 pengguna SADA di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang semalam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Institusi pondok - rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam
Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung 2025
Operasi Ascend Airways yang berpangkalan di United Kingdom akan dimulakan dengan dua pesawat Boeing B737-800s dan empat pesawat B737 MAX 8s.
150,000 pelawat dijangka berkunjung ke jambatan angkat tahun ini
Kerajaan Terengganu menyasarkan 150,000 pengunjung ke jambatan angkat tahun ini, didorong oleh pelbagai program yang dirancang serta pemerkasaan kerjasama dengan penggiat pelancongan.
Bencana banjir: mangsa di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi Isnin, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga, pada Ahad.

150,000 pelawat dijangka berkunjung ke Jambatan Angkat tahun ini
Sejak mula beroperasi pada 2019, Jambatan Angkat yang dibina dengan kos RM249 juta telah menerima 595,579 pelawat dari dalam dan luar negara.

Kerajaan AS guna alat pengesan pembohongan terhadap pegawainya
Ujian poligraf akan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri AS terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman.

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.
PM syukur LHDN kekal berintegriti kutip hasil negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bersyukur dan bertuah kerana LHDN berjaya mempertahankan integriti dalam menjalankan tanggungjawab mengutip hasil negara.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.