Kubur kenderaan usang
Kenderaan dan pesawat yang tidak lagi digunakan akan dikitar semula atau digunakan bahagiannya untuk kegunaan lain.
Thu Aug 27 2015
Seorang pekerja menggunakan pemotong logam sementara pekerja-pekerja lain mengangkat bahagian-bahagian yang dilupuskan daripada sebuah Kapal Tentera Laut India INS Vikrant di kawasan pelupusan kapal di Mumbai pada 24 November 2014. - Reuters/Danish Siddiqui
Kereta kebal lama Israel diletakkan di kawasan "kubur" kenderaan perisai di pangkalan tentera Israel. - Reuters/Amir Cohen
Seorang pekerja berjalan di antara longgokan motosikal lama di sebuah pusat pelupusan dan kitar semula kenderaan lama, di wilayah Hubei, China pada 17 Mei 2009. - Reuters/Stringer
Pesawat pengebom B-52 Stratofortress dilihat di Pusat Penyelenggaraan dan Pemulihan, dalam gambar tidak bertarikh ini yang diambil di Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan di Tucson, Arizona. - Reuters/TSgt. John McDowell/U.S. Air Force/Handout
Bahagian terpakai pesawat yang telah ditanggalkan dilihat di kawasan kitar semula Air Salvage International di Kemble, England, pada 27 November 2013. - Reuters/Stefan Wermuth
Bahagian terpakai kenderaan dilihat di sebuah kilang kitar semula kereta GEM Sdn Bhd, di wilayah Hubei, China pada 30 Julai 2015. - Reuters/China Daily
Longgokan kereta buruk di kawasan pelupusan di Guatemala pada 30 Mac 2015. - Reuters/Jorge Dan Lopez
Pemandangan dari udara menunjukkan barisan kenderaan perang Marder buatan Jerman yang telah ditamatkan perkhidmatannya di perkarangan pusat pelupusan kereta kebal Koch, kira-kira 300 km di selatan barat Berlin pada 6 Mei 2014. - Reuters/Thomas Peter
ASEAN 2025 | 15 Jan
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau