Fri Feb 13 2015


Ribuan berkumpul di pekarangan masjid Pulau Melaka di Kota Bharu, Kelantan untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu pada kira-kira jam 9.40 malam Khamis. Allahyarham Nik Aziz disemadikan di Tanah Perkuburan Pulau Melaka, Kota Bharu kira-kira jam 11 pagi Jumaat.Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Ribuan warga Malaysia yang datang dari merata-rata negeri kelihatan sugul meratapi kehilangan pemimpin mereka, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada kira-kira jam 9.40 malam Khamis. Allahyarham meninggal dunia selepas menghidap kanser prostat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Sebuah keluarga dilihat sedang berjalan ke arah Masjid Pulau Melaka di Kota Bharu untuk menghadiri majlis pengebumian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pagi Jumaat. Bekas Menteri Besar Kelantan itu meninggal dunia pada jam 9.40 malam Khamis selepas menghidap kanser prostat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Antara mereka yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat di kampung halamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu sebelum majlis pengebumiannya kira-kira jam 11.00 pagi Jumaat. Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia pada jam 9.40 pagi selepas menghidap kanser prostat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Ribuan hadir di pengebumian Niz Aziz Nik Mat di Masjid Pulau Melaka di Kota Bharu. Foto: AWANI/SHAHIR OMAR

Jenazah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diusung oleh ahli keluarganya ke Masjid Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada pagi Jumaat. Allahyarham Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka. Beliau berumur 84 tahun.

Puluhan ribu rakyat mengiringi jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Orang ramai berebut-berebut untuk menziarah dan menatap wajah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat kali terakhir di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka. - Astro AWANI/Shahir Omar

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin negara yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Astro AWANI/Shahir Omar

Orang ramai dilihat membanjiri Masjid Tok Guru di Pulau Melaka, Kota Bharu untuk bersama-sama melakukan solat jenazah untuk Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. - Astro AWANI/Shahir Omar

Antara mereka yang hadir di tanah perkuburan menunggu ketibaan jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Foto oleh AWANI / SHAHIR OMAR

Puluhan ribu rakyat dari seluruh pelusuk negara memberikan penghormatan terakhir kepada bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu. - Astro AWANI/Shahir Omar

Jenazah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu untuk diturunkan ke dalam liang lahad sebelum disemadikan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Beberapa pemimpin antaranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang menunggu ketibaan jenazah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu. - Astro AWANI/Shahir Omar

Jenazah bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diturunkan perlahan-lahan ke dalam liang lahad untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu. - Astro AWANI/Shahir Omar

Anak sulung Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh kelihatan tenang bersama puluhan ribu rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada bekas menteri besar Kelantan itu di Pulau Melaka. - Astro AWANI/Shahir Omar

Orang ramai mendengar talqin yang dibacakan setelah jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu. - Astro AWANI/Shahir Omar

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.