Fri Aug 30 2013
Suri rumah, Rosita Ahmad, 53, (kiri) dibantu anaknya Siti Nurbaya Abdullah, 24, (tengah) dan Aini Safiyah, 19, (kanan) menghias rumah mereka dengan Jalur Gemilang di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau. Rosita sanggup berbelanja sehingga RM500 untuk membeli segala jenis hiasan termasuk 56 helai Jalur Gemilang bagi menghiasi rumah mereka sebagai persediaan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
Penduduk Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau berkerjasama menyiapkan replika kereta kebal dengan Jalur Gemilang. Tahun lalu, RPA Arau terpilih sebagai juara pertandingan keceriaan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat kebangsaan kategori taman perumahan.
Semangat patriotik yang ditunjukkan oleh penjual burger, Shamsudin Ibrahim dengan menghiasi Jalur Gemilang di sekeliling keretanya. Beliau membelanjakan sebanyak RM300 untuk membeli bendera dan menghiaskan keretanya sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.
Artis-artis dari Malaysia dan Indonesia menghiburkan para penonton dalam konsert "Harmony & Unity" di Dataran Merdeka.
Salim Abdul Rahman (kiri), Abdul Wahab Abdul Rahman dan Azlias Kadir (kanan) menghias beca mereka dengan Jalur Gemilang sebagai menyahut kempen kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.
Peniaga kedai makan, Wan Rahimi Wan Mokhtar, 51, sibuk menyiapkan logo kemerdekaan negara ke-56 daripada 400 botol minuman plastik terpakai. Wan Rahimi tidak pernah lokek berbelanja hingga ribuan ringgit untuk menghiasi kedainya dengan Jalur Gemilang dan hiasan lain bertemakan kemerdekaan bagi meningkatkan semangat patriotik pada diri sendiri dan pelanggan seterusnya menghargai erti kemerdekaan negara yang sudah mencecah 56 tahun.
Antara kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai acara raptai Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 yang bertemakan 'Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku' di Dataran Merdeka.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
Polis Perak kenal pasti 21 kawasan 'blackspot' kemalangan
Polis Perak mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
AWANI Ringkas: "Cecelia Yap Song KL" mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
Proses dadah: Bekas mekanik dibebas dan dilepas, empat warga India dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas mekanik atas pertuduhan memproses 22.02 kilogram methamphetamine pada 2018.
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
AWANI 7:45 [27/1/2025] – Sinergi Malaysia-Indonesia | Tempoh Enam Hari | Himpunan Pesawah | Perjanjian Gencatan Senjata
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Pia Ernadya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Keakraban Malaysia-Indonesia boleh jadi suara ASEAN
- Ops Bersepadu bermula esok, had laju di Jalan Persekutuan diturunkan kepada 80 kilometer sejam
- Wakil pesawah hantar memorandum kepada pejabat PM
- Ribuan penduduk kembali ke Gaza
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Keakraban Malaysia-Indonesia boleh jadi suara ASEAN
- Ops Bersepadu bermula esok, had laju di Jalan Persekutuan diturunkan kepada 80 kilometer sejam
- Wakil pesawah hantar memorandum kepada pejabat PM
- Ribuan penduduk kembali ke Gaza
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak
Sifat kebijaksanaan, gerak hati dan transformasi yang menjadi simbolik Tahun Ular menurut kalendar Cina, wajar dihayati oleh rakyat Sarawak untuk memacu agenda pembangunan negeri.
JSJ Bukit Aman laksana audit teliti statistik kontinjen seluruh negara
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan audit terhadap prestasi bahagian siasatan jenayah kontinjen negeri di seluruh negara.