Mon Aug 03 2015


Sukarelawan dari persatuan "3 E" (Eastern Environnement and Economy) bertanggungjawab dalam pembersihan pantai, menemui serpihan pesawat dan sebuah beg penumpang pada 29 Julai. Mereka melakukan pencarian potensi serpihan pesawat dan barangan di pantai Saint-Andre, Pulau Reunion pada 31 Julai, 2015. Australia pada 31 Julai berkata mereka yakin pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sedang dijalankan di kawasan yang betul berikutan penemuan serpihan sayap pesawat di Pulau Reunion. - Gambar AFP/Imaz Press Reunion/Ouissem Gombra

Seorang sukarelawan dari persatuan "3 E" (Eastern Environnement and Economy) yang menemui serpihan pesawat dan sekeping dari bagasi pada 29 Julai, menunjukkan sebuah botol plastik penanggal kotoran pakaian yang tertera dengan tulisan Indonesia pada 31 Julai lalu. Produk tersebut dipercayaidihasilkan di Jakarta. Australia pada 31 Julai lalu berkata pihaknya yakin pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sedang dijalankan di kawasan yang betul berikutan penemuan serpihan sayap pesawat di Pulau Reunion selaras dengan zon carian yang dikemukan. - Gambar AFP/Imaz Press Reunion/Ouissem Gombra

Rakaman pemandangan Saint-Andre, Pulau Reunion yang terletak di Lautan Hindi dari udara menunjukkan pesisir pantai di mana serpihan pesawat dan sebuah beg penumpang ditemui pada 29 Julai lalu. Australia pada 31 Julai berkata mereka yakin pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sedang dijalankan di kawasan yang betul berikutan penemuan serpihan sayap pesawat di Pulau Reunion. Serpihan pesawat berukuran dua meter itu dijangka telah tiba di Perancis di sebuah makmal yang terletak berdekatan bandar Toulouse pada 1 Ogos 2015 untuk proses analisa. - Gambar AFP/Richard Bouhet

Rakaman pemandangan kawasan Saint-Andre, Pulau Reunion dari udara menunjukkan pesisir pantai di mana serpihan pesawat dan sebuah beg penumpang ditemui pada 29 Julai lalu. Australia pada 31 Julai berkata mereka yakin pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sedang dijalankan di kawasan yang betul berikutan penemuan serpihan sayap pesawat di Pulau Reunion pada 30 Julai. Serpihan pesawat berukuran dua meter yang ditemui itu telah tiba di Perancis pada 1 Ogos, 2015 untuk proses analisa di sebuah makmal yang terletak berdekatan bandar Toulouse. - Gambar AFP/Richard Bouhet

Pegawai polis mengiringi kenderaan yang membawa objek yang dipercayai serpihan sayap dari sebuah pesawat Boeing 777 yang terdampar di kawasan pantai ke Lapangan Terbang Roland Garros di Saint-Marie, Pulau Reunion sebelum diterbangkan ke bandar Paris, pada 31 Julai lalu. Pihak berkuasa Malaysia kemudian mengesahkan serpihan pesawat yang terdampar di kawasan pantai Pulau Reunion, timur Lautan Hindi adalah milik pesawat Boeing 777. - Gambar AFP/Richard Bouhet

Wartawan merakamkan gambar sebuah kenderaan berwarna putih mengangkut objek yang dipercayai serpihan sayap dari sebuah pesawat Boeing 777 yang terdampar di pantai Pulau Reunion, masuk ke makmal Kementerian Pertahanan (DGA TA) di Balma, berhampiran Toulouse pada 1 Ogos, 2015. Di makmal tersebut, cebisan pesawat tersebut akan mengadakan analisis ke atas objek tersebut. Proses penentuan sama ada 'flaperon' dari pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula Rabu. - Gambar AFP/Eric Cabanis
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.