Pantai Batu Ferringhi dicemari bakteria E-Coli
Air dari muara sungai Batu Ferringhi yang dicemari bakteria E-Coli (Escherichia Coli)
Thu Feb 06 2014
Ujian sampel air di Sungai Batu Ferringhi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 3 Feb mendapati ia mempunyai elemen bakteria e-coli (Escherichia coli). Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk tindakan lanjut.
Phee turut menasihatkan orang ramai terutamanya pengunjung agar mengelak daripada melakukan aktiviti mandi-manda di sekitar kawasan pantai berhampiran sungai tersebut bagi mengelak daripada dijangkiti bakteria berkenaan.
Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri juga meminta Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan terhadap tangkapan hasil laut di sekitar perairan kawasan Batu Ferringhi sama ada mempunyai elemen bakteria e-coli atau tidak.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyerahkannya kepada MPPP untuk makluman balas. Beliau difahamkan daripada Patahiyah (Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail), ia sebenarnya oleh IWK (Indah Water Konsortium Sdn Bhd).
Akhbar turut melaporkan sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong, bertukar hitam dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan selain berdepan masalah hakisan pantai yang serius.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Beberapa kawasan di Lundu dinaiki air
Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini