Sat Oct 19 2013


Petugas-petugas Umno membawa peti undi ke tempat pengundian pada pemilihan Umno bahagian dan majlis tertinggi Umno 2013 di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.--BERNAMA

Beberapa perwakilan khusyuk mengaminkan bacaan doa sewaktu Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman sebelum Pemilihan Majlis Tertinggi dan Bahagian Umno di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.-- BERNAMA (2013)

Sebahagian perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa mendaftar sebelum mesyuarat perwakilan dan pemilihan calon Umno Bahagian Setiawangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).--BERNAMA

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika melakukan proses pengundian bagi Pemilihan UMNO Bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO 2013 di Kompleks Seri Pekembar di Muar. --BERNAMA

Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir (kanan) kelihatan ceria selepas mendaftar kehadiran ketika hadir bagi mempengerusikan majlis mesyuarat pemilihan UMNO bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini hari ini.--BERNAMA

Gelagat seorang perayu undi dengan poster besar yang digantung pada leher memperkenalkan calon kepada perwakilan Puteri UMNO sewaktu mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman sebelum Pemilihan Majlis Tertinggi dan Bahagian UMNO di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di Kemaman-- BERNAMA.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua Bahagian Umno Putrajaya, beramah mesra dengan para perwakilan pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya dan Pemilihan Umno di sini hari ini. --fotoBERNAMA

Calon Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mengundi pada Pemilihan Umno Bahagian dan Majlis Tertinggi Umno di Wisma Umno Bagan Datoh, Simpang Empat hari ini. -- fotoBERNAMA

Ketua Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani (empat, kanan) dan Timbalan Ketua Bahagian Titiwangsa, Effendi Zahri (empat, kiri) meraikan kejayaan mereka bersama para penyokong selepas menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa dan Timbalan Ketua Bahagian pada pemilihan UMNO hari ini. -- fotoBERNAMA

Sebahagian perwakilan mengundi untuk memilih kepimpinan Umno Pusat dan Bahagian pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman hari ini. -- fotoBERNAMA

PM dan Ketua Bahagian Umno Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah hari ini. Seramai 969 perwakilan bahagian itu akan mengundi bagi memilih anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ahli Jawatankuasa Umno Pekan pada pemilihan kali ini. -- fotoBERNAMA

Para Perwakilan Bahagian Titiwangsa meneliti calon yang bertanding pada Pemilihan Umno bahagian itu di Dewan Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur hari ini. -- fotoBERNAMA

Salah seorang perwakilan Puteri Umno mengundi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa 2013 di PWTC. -- fotoBERNAMA

Petugas Pemilihan Umno Bahagian Kemaman mula mengira undi perwakilan selepas proses pengundian di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman. -- fotoBERNAMA

Para perwakilan Umno Bahagian Rembau mengangkat tangan tanda setuju tentang perlantikan pengerusi sementara sempena Mesyuarat Persidangan dan Pemilihan Umno 2013 di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban. -- fotoBERNAMA

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.

Kerajaan berpuas hati kemajuan pembinaan lima kapal LCS - Khaled Nordin
Kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, dengan kapal kedua diluncurkan pada Mei 2025.

Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam
Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.
AWANI Ringkas: Insiden keselamatan siber tunjuk trend menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.