Fri Apr 24 2015
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999, 2004 dan 2008. - Astro AWANI/Shahir Omar
(dari kiri) Calon bebas Salleh Isahak, calon Parti Rakyat Malaysia Azman Shah Othman, calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin dan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di IKBN Bukit Mertajam pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 25 April 2015. - Astro AWANI/Shahir Omar
Penyokong PKR dengan topeng pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menayangkan kemeja-T dengan paparan gambar calon mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada hari penamaan calon PRK Permatang Pauh pada 25 April 2015. - Astro AWANI/Shahir Omar
Calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin adalah Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh. Beliau dianggap calon terbaik BN untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dipegang oleh PKR. - Astro AWANI/Shahir Omar
Calon PKR Datuk Seri Wan Azizah (tengah) diiringi anaknya yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah (kanan) serta Nurul Nuha (kiri) tiba di pusat penamaan calon pada Sabtu. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang lagi calon Bebas bagi PRK Permatang Pauh, Salleh Ishak (Bebas) menawarkan diri untuk bertanding. - Astro AWANI/Shahir Omar
Azman Shah Othman calon daripada Parti Rakyat Malaysia antara empat calon yang menawarkan diri bagi merebut kerusi parlimen Permatang Pauh. - Astro AWANI/Shahir Omar
Calon Barisan Nasional(BN), Suhaimi Sabudin tiba di pusat penamaan calon PRK Permatang Pauh di IKBN Bukit Mertajam pada Sabtu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Calon PKR di PRK Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah melambai kepada penyokongnya ketika hadir di penamaan calon. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Keempat-empat calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh (dari kiri) calon Parti Rakyat Malaysia Azman Shah Othman, Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, calon bebas Salleh Ishak dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas masing-masing menyempurnakan proses pendaftaran sebagai calon di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam pada 25 April 2015. - Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.