Thu May 02 2019


Kalau mahu lari seketika untuk ketenangan dari kesibukan kota tetapi tidak mahu pergi jauh, Royale Chulan Seremban adalah tempatnya.

Tangga utama mercu tanda Royale Chulan Seremban sedia menjadi latar yang bersifat 'grand' untuk apa sahaja acara.

Ruang koridor yang luas menjadikan permata ibu negeri Negeri Sembilan ini berbeza daripada hotel yang lain.

Tilam empuk, cadar putih bersih, bantal gebu, apa lagi yang anda mahu?

Unit Duplex Suite di Royale Chulan Seremban yang lapang ideal untuk penginapan seisi keluarga.

Alcove Suite merangkumi ruang tamu, ruang santap dan bilik tidur yang berasingan.

Executive Lounge sedia sebagai alternatif lebih selesa untuk bersantap mahupun beristirahat tanpa perlu turun ke dewan makan utama.

Selain penginapan selesa, Royale Chulan Seremban juga lokasi tepat untuk sebarang acara pertemuan keluarga atau kerja.

Menyingkap tirai di Singgahsana Suite untuk pemandangan luas bandar lama Seremban.

Tiada yang lebih menghiburkan daripada berendam dan menikmati air terjun buatan di kolam renang Royale Chulan Seremban.

Dewan santap Asiatique menyajikan seleksi juadah dan kuih-muih tempatan dengan rasa yang pasti kekal dalam memori anda.

Resipi masakan tradisi Negeri Sembilan terunggul dihidangkan panas setiap hari.

Dari dim sum panas kepada hidangan laut segar, Han Pi Yuen menyajikan hidangan Kantonis halal untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat.

Manjakan diri anda dengan urutan dan terapi di Royale Spa.

Nikmati hospitaliti Malaysia berjiwa 'Nogori' hanya di Royale Chulan Seremban.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
