Tue Feb 03 2015


Seorang penganut Hindu cilik turut membawa kavadi semasa upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. - Foto BERNAMA

Penganut Hindu menjunjung belanga berisi susu bagi upacara keagamaan menjelang sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. - Foto BERNAMA

Seorang pengunjung Karthik Kumar, 26, memilih belanga untuk diisi susu sebagai upacara keagamaan di sebuah pasaraya menjelang Thaipusam. - Foto BERNAMA

Seorang penganut agama Hindu mencukurkan rambutnya untuk membayar nazar masing-masing menjelang sambutan perayaan Thaipusam. - Foto BERNAMA

Kelihatan beberapa penganut agama Hindu sedang membersihkan diri sebagai persediaan untuk melakukan upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. - Foto BERNAMA

Beberapa ekor burung merpati bertenggek di atas kabel eletrik ketika penganut Hindu mula berkunjung ke Batu Caves bagi upacara keagamaan menjelang sambutan perayaan Thaipusam. - Foto BERNAMA

Pekerja Anba Coconut Trading Sdn Bhd sibuk membungkus biji kelapa yang ditempah oleh para pelanggan sempena sambutan perayaan Thaipusam. - Foto BERNAMA

Pada hari Thaipusam, penganut Hindu akan menunaikan nazar mereka dengan menjunjung 'Paal Kudam' (belanga susu) yang dianggap paling suci. - Astro Ulagam

Kanak-kanak akan dimandikan selepas kepala mereka dicukur semasa perayaan Thaipusam. - Astro Ulagam

Penganut Hindu membawa "archenai" iaitu dulang yang diisikan dengan buah-buahan, bunga dan biji kelapa untuk disembahkan kepada Dewa Murugan semasa perarakan pedati yang membawa Dewa Murugan di Jalan Datuk Kramat, George Town. - Foto BERNAMA

Penganut Hindu akan membawa pedati perak yang berusia 121 tahun itu berarak sejauh 7 kilometer bermula dari Kovil Veedu di Lebuh Penang ke kuil Nattukkottai Chettiar Thendayuthapani di Jalan Kebun Bunga. - Astro Ulagam

Penganut agama Hindu dan masyarakat Cina memecah buah kelapa di Jalan Datuk Kramat sebagai membayar nazar kepada Dewa Murugan semasa perarakan pedati yang membawa Dewa Murugan di George Town. - Foto BERNAMA

Seorang penganut Hindu menunaikan nazarnya dengan menjunjung kavadi yang dihiasi cantik dan menaiki 272 anak tangga Batu Caves menuju ke kuil dalam gua itu. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kemeriahan sambutan perayaan Thaipusam di ibu kota sedah terasa sejak malam tadi apabila ribuan penganut Hindu mengikuti perarakan berhala membawa Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman ke Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves. - Astro AWANI/Shahir Omar

Beberapa penganut Hindu bersiap sedia sebelum berjalan kaki ke Batu Caves sempena perayaan Thaipusam. Lebih 200,000 penganut terlibat dalam acara keagamaan tahunan ini. - Astro AWANI/Shahir Omar

Ribuan penganut Hindu melaksanakan nazar dengan mencukur rambut dan berjalan kaki membawa belanga berisi susu bagi memenuhi niat dan berdoa kepada kesejahteraan mereka dan seluruh kaum keluarga. - Astro AWANI/Shahir Omar

Seorang penganut Hindu membawa kavadi dan menuju ke kuil di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam. - Astro AWANI/Shahir Omar

Seorang penganut Hindu sedang menunaikan nazarnya dengan menyucuk sebatang besi ke dalam mulutnya sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves. - Astro AWANI/Shahir Omar

Seorang kanak-kanak berjalan kaki ke Batu Caves sempena perayaan Thaipusam. - Astro AWANI/Shahir Omar

Penganut Hindu menjalankan upacara mandi sempena perayaan Thaipusam. Upacara ini dilakukan untuk memohon restu dari Dewa Murugan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Pada hari Thaipusam, penganut Hindu akan bangun lebih awal, mandi dan bersarapan ringan sebelum berjalan kaki dari rumah menuju ke kuil. - Astro AWANI/Shahir Omar

Seorang penganut Hindu mandi sebelum berjalan kaki ke kuil di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam. - Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).