Perhimpunan Veteran Angkatan Tentera Malaysia 2017
Perhimpunan Veteran ATM sempena pelancaran Tabung Pahlawan 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Seri Kembangan.
Wed Aug 02 2017
Penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Setia Perkasa (SP) bersorak pada Perhimpunan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Serdang, Selangor, yang diadakan sempena Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai, 2017. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melambai tangan ketika beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Seri Kembangan, untuk majlis Perhimpunan Veteran ATM pada 31 Julai, 2017. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku pada Perhimpunan Veteran ATM yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Seri Kembangan, pada 31 Julai, 2017. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sebahagian daripada kira-kira 15,000 veteran angkatan tentera yang berhimpun di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Seri Kembangan, bagi menyertai Perhimpunan Veteran ATM pada 31 Julai, 2017. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapannya pada majlis Perhimpunan Veteran ATM yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Seri Kembangan sempena Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai, 2017. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Dalam ucapannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lima skim baharu bagi golongan veteran ATM termasuk bantuan tahunan untuk veteran tidak berpencen dan skim anuiti. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sempena pewartaan 31 Julai sebagai Hari Pahlawan di seluruh negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut melancarkan Kempen Tabung Pahlawan 2017 bagi mengumpul sumbangan mengisi tabung kebajikan bagi mengenang jasa-jasa perajurit negara yang berkorban dalam mempertahankan tanah air. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari